= Laksa Laiyyinur Harir =

 

My ummi & abah cakap pada saya yang saya dah lama tak masak… Huhuhu… I realized it and I’m felt sorry bout that…

I knew that they miss my dishes… that’s why they ask me.. =p

 

Saya tak pandai masak… tak macam my abah yang pernah jadi chef masa kenduri keluarga angkatnya… org Klate laa kata ke… haha~

Saya mmg rinduuu nak main masak-masak mcm dulu… tapi keadaan selalu tak mengizinkan… *alasan* =p

 

Minta maaf ummi, minta maaf abah…..

Aritu saya tetiba terasa nak makan laksa & diri pun tengah rajin masa tue…then saya pun belilah bahan-bahannya…

Bersilatlah saya di dapur hari tue…dan ini lah hasilnya…

 

laksa LH

 

Honestly laksa kali nie tak se’kick’ yang sebelum nie… mungkin sebab saya tak letakkan sepenuh jiwa saya dalam masakan kali ini… =p

Ok, that’s all… Gud nite!

 

 

LOVE,

-KMS-

:) Mee Goreng Udang Basah Laiyyinur Harir (:

Assalamualaikum WBT…

Di doakan para pembaca semua dlm keadaan sihat & diredhaiNYA IinsyaAllah..walau apa pun yg kita lakukan, pasanglah NIAT yg betul kerana ALLAH..insyaAllah DIA akan permudahkan urusan kita. 🙂

Oklaa, hari nie saya letak resepi Mee Goreng Udang Basah Laiyyinur Harir. Betul ke namanye nie?? cam pelik jee bunyiknyee…haha~ hentam sajalah labuuu~

 

Bahan2nya sama dgn Kuey Teow Goreng Basah Laiyyinur Harir yg saya post sblm nie. Jus tambah udang jee..cuma utk mee x pyh letak daun kucai & kerang. 

 

Alhamdulillah, ramai org ckp sedap. So, selamat mencuba!

 

Image
Masak dari hati, masak dengan Iman! xoxoxo!
 

>> Asam Pedas Laiyyinur Harir <<

ASAM PEDAS LAIYYINUR HARIR

 

BAHAN2NYA IALAH :

 

1. Sedikit minyak utk menumis
2. 3 biji bawang merah *
3. 2 biji bawang putih*
4. 1 inci halia*
5. 1 inci lengkuas*
6. 1 sudu jintan putih*
7. 1 sudu jintan manis*
8. Cili kering yg telah direbus & dimesin.saya selalu mesin byk2 terus & simpan dlm peti ais.senaanggg nk guna bila2 masa!  =)
9. 15-20 helai daun kari
10. 1 cawan air asam jawa dibancuh pekat.
11. 3 batang serai dititik
12. 2-3 ekor Ikan pari/mayong/kembung dll.
13. Garam secukupnya.

 

JOM MASAK !

 

1. Mulakan dgn bismillah, selawat & doa. =) Tumbuk bahan2 yg bertanda * . Panaskan minyak & tumis bahan2 yg telah ditumbuk td bersama daun kari hingga naik bau.
2. Masukkan cili kering mesin td & masak sehingga naik minyak. Kacau sentiasa spy cili x hangit.
3. Masukkan air asam jawa. Masak sehingga mendidih.
4. Masukkan serai & ikan. Masak sehingga ikan hampir masak, lebih kurang 10-15 minit.
5. Masukkan garam secukupnya.Kacau sebati & masak sehingga ikan masak sepenuhnya. Siap! Bolehlaa dihidang & makan panas2! Selamat Mencuba!  ^^

Gambar x cantik..huhu~

 

Masak dari hati, masak dengan Iman! xoxoxo!

 

Masakan Tradisi Pahang : Gulai Tempoyak Ikan Patin

Assalamualaikum WBT…

Semoga kita semua sentiasa dalam redha Allah InsyaAllah. 🙂

Alhamdulillah, hari nie Allah izinkan juga saya untuk masak makanan kesukaan saya, apa lagi kalau bukan Gulai Tempoyak Ikan Patin. Atee, deme kan orang Pahang… =D

Ikan Patin nie ada 2 jenis, satu ikan patin sungai dan satu lagi ikan patin sangkar. Kalau nak rasa ikan patin yang betul2 sedaappp mestilaa ikan patin sungai tapi ianya sangat susah untuk didapati kerana harganya yg mahal (ada yg mencecah ratus ringgit) dan tidak ramai yang menjualnya.. So kebanyakan orang beli patin sangkar je laa kerana pada masa kini sudah ramai yang menternak patin sangkar nie. Dengar kata setiap bulan Sultan Pahang akan turun ke Temerloh semata-mata mahu makan gulai tempoyak ikan patin nie. Waahhh, sultan pun suka makan masakan nie ekk…

Sebenarnya saya dah lama teringin nak makan Gulai Tempoyak Ikan Patin nie tau.. Tapi baru nie Allah izinkan saya untuk menikmati masakan kegemaran saya nie sebab baru nie ummi saya balik kg kerana atuk saya masuk ospital..doakan atuk saya cepat sembuh ye kawan2? Jadinya ummi bawa balik tempoyak yg wan saya buat sendiri. Then pagi tadi ummi beli ikan patin di pasar pagi. So dapatlah saya masak resepi nie. Terima Kasih wan untuk tempoyak yg sedaappp & ummi kerana belikan ikan patin! heeeee~ (tenyum lebaarrr)

Ok laa, jom kita tengok resepi Gulai Tempoyak Ikan Patin yang sangat-sangat laa simple untuk di masak nie :

Bahan-bahannya ialah :

  1. Ikan Patin
  2. Tempoyak [terpulang byk mana nk letak.saya suka kuah yg pekat, jadi saya letak byk sikit tempoyaknya. =) ]
  3. 1 biji Bawang Kecil*
  4. 2-3 inci kunyit hidup*
  5. 5-7 biji Cili Api* (ikut tahap kepedasan masing2 ye)
  6. Daun Kesum
  7. 1 keping asam gelugor
  8. Air
  9. Garam secukup rasa.

Jom Masak!

  1. Mulakan dengan Bismillah, selawat dan doa. =D
  2. Basuh ikan patin bersih-bersih. Basuhkan dengan air beras/ asam keping untuk hilangkan bau hanyir. (Saya gunakan air beras je).
  3. Tumbuk bahan2 yg bertanda *. Kemudian, masukkan ikan patin, bahan yang ditumbuk tadi dan tempoyak ke dalam periuk. Masukkan air dan asam keping. Masak di atas api sederhana sehingga mendidih.
  4. Kemudian masukkan daun kesum dan garam secukup rasa. Biarkan sehingga mendidh dan daun lembut.
  5. Apabila daun kesum sudah lembut, bolehlah ditutup api. Siap! Bolehlah dihidang! Senang kan? ^^

Jom kita tengok hasilnya!

Image

Maaflaa, kualiti gambarnya x berapa cantik sbb guna kamera hp je..
Selamat Mencuba! =D

 

 

Masak dari hati, masak dengan Iman. xoxo!

.:: KupAng mAsAk sOs TirAm ::.

Haa,penah dgr x nama makhluk Allah nie??? saya yakin mostly penah lihat & makan kn? =) Saya pn confius dgn nama makhluk nie..byk sgt nama…ade yg panggil kupang..ade jg yg panggil lala~~ saya pn x sure nama betul dia dlm surat beranak..  =.=’

Masa saya beli kupang2 nie, dorang hidup lg tau..saya rasa x sampai hati nak masukkn dorang nie dlm kuali…huhu~

Maaf yee kupang2 sekalian… =.=

Resepi dia senang jee! Jom try! =D

Bahan2nya :

1.  *3 ulas Bawang merah – hiris

2.  *2 ulas Bawang putih – ketuk & hiris

3.  *1 inci Halia – hiris

4.  Cili kering – blender

5.  Sos Tiram

6.  Sos Tomato

7.  Sos Cili

8   3 btg Serai – diketuk

9.  Kupang – dibasuh

10. Sedikit air

11. Garam secukup rasa

Jom Masak!

1. Jgn lupa mulakan dgn Bismillah & selawat ye! =) Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg bertanda * sehingga naik bau.

2. Then masukkan cili kering yg tlh dimesin. Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Kacau rata. Then masukan serai. Kacau sebati.

4. Then masukkan kupang & sedikit air. Kacau rata. Masakkan dlm 3-4 minit.

5. Lastly masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masak dlm 2-3 minit.

6. Siap! Bolehlah dihidang! =D

Jom kita tgk hasilnya!

Selamat Mencuba! ^^

Isnin, 141111