^^ Masam Manis Pengembaraan Ilmu & Lakaran Pengalaman ke Melaka [Day 2] ^^

Bismillahirrahmanirrahim…

Sambungan entri ๐Ÿ™‚ Masam Manis Pengembaraan Ilmu dan Lakaran Pengalaman ke Melaka (:

Tarian jemari ini diteruskan dalam mencoretkan kisah kami… kisah perjalanan kami ke Melaka bersama adik-adik solehah dari Permata Insyirah…

28 Mei 2013

Diri terjaga tatkala mendengar bunyi riuh rendah dari adik-adik comel di luar bilik. Aku melihat jam di handphone. Pukul 6.06 pagi. Aku bangun melihat mereka, ada yang siap berpakaian dan ada yang sedang menunaikan solat subuh. Adakah aku yang terlewat bangun atau mereka ini yang bangun terlalu awal? Melihat wajah-wajah mereka yang ceria di pagi hari membuatkan diri tersenyum sendiri mengenangkan zaman kecil dahulu yang juga sama seperti mereka. Pantang sebut saja nak berjalan, automatik minda telah di setkan untuk bangun awal kerana terlalu ‘excited’ mahu berjalan malahan kadang-kala diri langsung tidak boleh tidur dek kerana tidak sabar menanti hari esok! Lucunya bila terkenangkan saat itu! ๐Ÿ™‚

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan hanya padaNYA kerana masih mengizinkan diri ini untuk terus menghirup O2 dan berpijak di bumiNYA.. Pagi yang hening itu berwarna ceria dengan telatah adik-adik tersayang. Mereka tidak berhenti bertanya, “Akak, hari ni kita nak ke mana?” Aku tersenyum menjawab soalan bertalu-talu dari mereka. Soalan yang sama ditanya beribu kali, oh tidak penatkah mereka? Hee..

Selesai bersiap dan berkemas kami semua turun ke bawah menunggu makan pagi. 10 minit…30 minit.. 1 jam… makanan pagi tidak jua tiba… Hatiku mula panas memikirkan adik-adik ini kelaparan dan aku sangat risau jika ada yang gastrik. Perasaan marah ini tidak dapat dikawal melihat adik-adik yang tertidur kelaparan menantikan makanan yang tidak jua kunjung tiba. Setelah hampir 2 jam akhirnya makanan pagi itu tiba juga, itupun setelah kami selesai menyimpan beg-beg di dalam bas. Akhirnya kami makan di tepi bas. Dek kerana kelaparan, nasi lemak itu habis licin dimakan mereka. ๐Ÿ™‚

Muka-muka ceria selepas kekenyangan. Alhamdulillah.. :)

Muka-muka ceria selepas kekenyangan. Alhamdulillah.. ๐Ÿ™‚

Setelah selesai makan pagi dan berkemas, kami bertolak ke Melakaย Planetarium. Di sana adik-adik belajar tentang ilmu alam semesta yang indah tercipta, sejarah ilmu falak (astronomi) dan mengenali ahli-ahli astronomi melalui teknologi canggih. ย Ia mempamerkan pelbagai tarikan yang menarik seperti Model angkasa, Challenger Simulator, Sistem Suria, Galaxy Gateway, Satelit, Teleskop Angkasa Hubble dan banyak lagi.

Diri terlalu mengkagumi ciptaan Yang Maha Hebat tatkala melihat video yang ditayangkan oleh pihak Planetarium Melaka. Hati tidak berhenti berzikir dan memuji Sang Pencipta yang telah mencipta satu sistem solar yang sangat rumit dan hebat! Subhanallah… Allahu Akhbar… Maha Hebatnya DIA…

20130528_100058[1]

20130528_100133[1]

melaka planetarium

20130528_105608[1]

Selesai mengutip ilmu di Melakaย Planetarium, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kapal Selam yang pada asalnya dijadualkan semalam. Memandangkan berlaku kejadian yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menunda program tersebut ke esok harinya. Tiket ke Muzium Kapal Selam ini telah ditaja oleh individu yang berhati mulia. Disana kami melihat dan memasuki kapal selam sebenar. Melihat setiap ruang yang sangat sempit dan terhad, hati mengkagumi orang-orang yang bekerja dalam kapal tersebut yang sangat-sangat memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi!

Diakhir sesi lawatan ke Muzium Kapal Selam kami dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh sebahagian adik-adik Permata Insyirah. Telatah mereka sangat menghiburkan kami! ๐Ÿ™‚

20130528_122734[1]

Tuan Pengerusi menjadi Ketua kumpulan. ^^

Masa berlalu terlalu pantas. Kami kesuntukan masa untuk melawat kesemua tempat yang disenaraikan dalam tentatif program. Jadi kami terpaksa memilih hanya 1 dari 3 tempat yang telah dijadualkan iaitu Zoo Melaka. Kami tiba ke sana pada pukul 1 lebih tengahari. Kami mengalas perut terlebih dahulu dengan Nasi Goreng Ayam dibawah teduhan pokok sebelum meneruskan lagi pengembaraan kami. Alhamdulillah makanan yang disediakan semuanya sedap termasuk dadih yang menyejukkan anak tekak dikala hari panas terik. ๐Ÿ™‚

Selepas selesai makan tengahari kami memasuki pintu masuk ke Zoo Melaka. Adik-adik comel kami sangat teruja melihat haiwan perbagai jenis dan rupa yang sebelum ini hanya dilihat dikaca tv. Subhanallah.. Uniknya ciptaan Ilahi… Langsung tiada istilah penat pada diri adik-adik ini pada hari itu malah ada beberapa orang adik yang masih setia mencatat segala nama-nama haiwan yang dilihat. Hati sangat mengkagumi mereka. ๐Ÿ™‚

Disinilah masa yang paling lama kami peruntukkan dek kerana mahu menghabiskan pengembaraan ini. Terlalu banyak kenangan manis terlakar disini. Melalui saat-saat terindah bersama mereka, senyuman dan tawa mereka, telatah yang menghiburkan dan segalanya membuat hati telah pun merindui mereka… Segala penat lelah menjaga mereka hilang dengan melihat tawa dan senyuman itu…

Dek kerana terlalu seronok menghayati saat-saat itu kami langsung tidak menyedari masa yang sangat mencemburui. Sedar-sedar kami adalah antara yang terakhir keluar dari Zoo tersebut melihatkan pagar yang telah pun ditutup. =)

20130528_162035[1]

20130528_162114[1]

 

Alhamdulillah hajat untuk membawa mereka ke Zoo tercapai sudah.. Kini masa untuk kami pulang ke Kuantan… Dipertengahan perjalanan pulang kami singgah di KFC Segamat untuk makan malam dan menunaikan solat jama’ maghrib dan isya’ di Masjid Segamat. ๐Ÿ™‚

Di KFC, kami diuji dengan ketiadaan air.. sebahagian yang nak ke tandas perlu mencari tandas berdekatan untuk melepaskan hajat mereka. Kami diberi air tadahan untuk membasuh tangan. Semua itu kenangan bermakna buat kami… ๐Ÿ™‚

 

20130528_195914[1]

20130528_200100[1]

20130528_200229[1]

Masing-masing ceria menjamu selera. Hati tersenyum riang setelah perut diisi. Lalu perjalanan ini diteruskan lagi… Semakin menghampiri destinasi, hati terasa semakin sayu kerana diri masih tidak puas meluangkan masa bersama mereka… Terasa masa yang berlalu terlalu pantas meninggalkan kami… =(

Alhamdulillah syukur, dengan peliharaanNYA, tepat jam 11.53 malam kami tiba di Rumah Permata Insyirah. Adik-adik yang tertidur kepenatan terpaksa dikejutkan. Esok mereka akan pulang ke rumah masing-masing meninggalkan 1001 memori indah sepanjang perjalanan ke Melaka ini…

Kini hati ini telah pun merindui mereka… Terlalu merindui saat-saat bersama mereka… Jika diberikan kuasa, ingin saja ku putarkan kembali masa itu… Masih segar diingatan, senyum tawa yang terukir di bibir dan telatah mereka yang sangat teruja dibawa berjalan ke tempat-tempat menarik di Melaka. Sangat menghiburkan!

Doaku buat adik-adik tersayang, moga kalian menjadi insan berguna di masa hadapan, menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah, agama dan negara tercinta. Moga perjalanan ini menjadi aspirasi untuk mereka lebih berani melalui hari-hari mendatang yang penuh cabaran. Moga Allah memelihara mereka dari segala musibah, memberikan kesihatan terbaik buat mereka, akal yang cerdas, semangat dan azam yang kuat untuk mengejar cita-cita serta iman yang mantap agar menjadi anak-anak solehah dan hamba yang diredhaiNYA,.. Mereka semua adalah ahli syurga, insyaAllah amiiinnn Ya Rabb…

Tautan Hati,

-KMS-

:) Masam Manis Pengembaraan Ilmu dan Lakaran Pengalaman ke Melaka [Day 1] (:

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah3x… syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA ini, tak terucap di bibir…hanya hati yang berdetik bersama alunan zikir penuh rasa syukur…Allahu Rabbi… Dengan izin dan rahmat kasih sayangNYA jua, akhirnya hajat kami untuk merealisakikan impian adik-adik tersayang di Permata Insyirah akhirnya terlaksana jua…

Bersama memori terindah yang masih segar di ingatan ini, saya mencoretkan serba sedikit catatan perjalanan kami. Cerita perjalanan ini bermula dari perbualan kami bersama adik-adik comel Permata Insyirah… Kami bertanya kepada mereka yang langsung tidak pernah keluar dari Kuantan ini, jika diizinkanNYA, ke manakah tempat yang mereka nak sangat pergi. Adik2 yang masih suci ini menyatakan mereka sangat ingin ke Melaka, Bandar Bersejarah. Kami berpesan kepada mereka, jika mahukan sesuatu, mintalah pada ALLAH, sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa mengabulkan permintaan kita. Manakala kami sebagai sukarelawan TFTN hanya mampu berusaha untuk merealisasikan impian murni mereka…

Segalanya bermula dengan membuat kertas kerja dan usaha mengutip dana. Dalam kertas kerja tersebut, tarikh asal perjalanan ini adalah pada hujung bulan Jun, agar tempoh masa itu cukup untuk kami mengutip dana. Namun, sebaliknya berlaku… Kami hanya merancang, dan ALLAH juga merancang…Semestinya perancangan DIA itulah yang terbaik buat kami. Kami mendapat berita mengejut dari AJK Permata Insyirah untuk mempercepatkan tarikh itu sebulan lebih awal iaitu pada 27-28 Mei 2013… Biarpun sejujurnya berita mengejut itu membuatkan hati-hati kami menangis kerana terlalu banyak yang terpaksa di batalkan di saat-saat terakhir, namun kami tetap melihat dan menerimanya dari sudut positif. Ya, pasti ada 1001 hikmah atas setiap susunanNYA… InsyaAllah hati-hati ini redha dengan aturanNYA.

Hari yang sangat dinantikan adik-adik kami ini akhirnya tiba jua.. Tepat jam 11.44 malam, 26 Mei 2013, bas persiaran yang membawa kami telah bergerak ke Melaka. Doa menaiki kenderaan tidak lupa kami panjatkan agar perjalanan ini sentiasa dalam peliharaanNYA dan kami selamat tiba dan pulang. Alhamdulillah syukur kami selamat tiba di Masjid Al-Azim pada pukul 4.50 pagi. Setelah selesai membersihkan diri, solat dan bacaan Mathurat, kami bergerak ke Bandar Hilir Melaka pada jam 7.30 pagi. Kami diturunkan di hadapan Menara Taming Sari pada jam 8.00 pagi.

Dihadapan Masjid Al-Azim . Masing-masing kesejukan disapa angin hening subuh. :)

Dihadapan Masjid Al-Azim . Masing-masing kesejukan disapa angin hening subuh. ๐Ÿ™‚

 

Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi pertama, Bandar Hilir  :)

Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi pertama, Bandar Hilir Melaka. ๐Ÿ™‚

Memandangkan kami tiba awal dan semua tempat-tempet berbayar belum pun lagi dibuka, jadi kami berjalan-jalan ke bangunan Stadthuys (bangunan merah) dan Kota A’ Famosa. Adik-adik diberi buku nota untuk melatih mereka mencatat setiap apa yang dilihat dan dipelajari agar perjalanan ini menjadi sebuah perjalanan penuh pengisian, dan bukan perjalanan yang sia-sia insyaAllah.

Dalam pukul 10.30 pagi kami bergerak ke Menara Taming Sari. Hampir pukul 11.00 pagi baru tiba giliran kami menaiki menara tersebut. Adik-adik ini sangat teruja melihat pemandangan seluruh Bandar Hilir Melaka dari atas. Senyuman dan ketawa mereka telah memberi kami tenaga untuk terus membawa mereka ke destinasi seterusnya.

20130527_102704[1]

20130527_082553[1]

20130527_084344[1]

Setelah puas menghayati pemandangan seluruh Bandar Melaka, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Dunia Melayu Dunia Islam yang terletak di dalam bangunan Bastion House. Disitu kami melihat koleksi-koleksi dari filem-filem fantasi dan animasi dari negara Barat seperti Star Wars, Lord Of The Rings, Batman, Shrek, Iron Man dan sebagainya. Pengajaran yang dapat dikutip dari penghasilan filem-filem ini adalah realitinya pembuat filem Barat ini telah mendapat idea dari sejarah kegemilangan Islam terdahulu. Sebagai contoh yang telah dikongsikan oleh pegawai muzium tersebut seperti Batman yang meniru karakter Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, yang menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk melihat sendiri keadaan sebenar rakyat jelatanya. Apa yang saya dapat simpulkan disini, umat Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah dahululah yang banyak memberi idea kepada negara Barat untuk membangunkan negara mereka yang pernah melalui zaman gelap beribu tahun dahulu. Allahu A’lam…

Selepas mengisi perut dengan santapan tengahari, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Malacca River Cruise menyusuri sungai Melaka. Adik-adik sangat teruja melihat bangunan-bangunan yang sangat cantik diwarnakan dan suasana menjadi riuh melihat biawak-biawak yang tersadai di tepi tebing sungai. ๐Ÿ™‚

20130527_140852[1]

20130527_141147[1]

me wif adik2 insyirah

Sebelum menamatkan perjalanan kami di sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka, kami singgah sebentar di Muzium Kastam. Kami melihat koleksi barang yang telah dirampas oleh pihak Kastam Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya adalah katak-katak yang telah di awet ini. ๐Ÿ™‚

20130527_144933[1]

Dalam pukul 3 lebih kami bertolak ke Masjid Selat untuk menunaikan solat jama’ zohor dan asar. Sebaik saja kami keluar dari masjid tersebut,tidak sampai dalam 1 km, Allah menguji kami.. Bas yang kami naiki mengalami kerosakan. Namun alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku. Kami terpaksa menunggu dalam 1 jam lebih untuk bas kembali bergerak. Jadi kami terpaksa membatalkan destinasi seterusnya iaitu ke Muzium Kapal Selam.

Setelah bas siap dibaiki, dalam pukul 6 lebih kami terus bertolak ke Homestay, namun sekali lagi kami diuji dipertengahan perjalanan. Bas kami telah melanggar pintu kereta Honda yang di park di tempat yang salah. Penumpang tersebut tanpa melihat cermin sisi terus membuka pintu kereta. Akibatnya pintu itu selamat dirempuh oleh bas kami yang tidak mungkin sempat mengelak. Kami berhenti disitu dalam setengah jam untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pemandu kereta Honda tersebut. Bas kami turut mengalami kerosakan namun syukur ke hadrat Ilahi tiada perkara serius berlaku…

Memandangkan waktu sudah semakin lewat, kami terpaksa terus menuju ke Restoran Nasi Arab Dima di MITC. Penat kami berjalan seharian di Bandar Melaka terubat dengan layanan Tuan Restoran yang melayan kami seperti VIP. Makanan yang dihidangkan alhamdulillah sangat sedap, mewah dan mengenyangkan. Kami semua tersandar kekenyangan setelah habis santapan.. ๐Ÿ™‚

Nasi Arab Ayam

Nasi Arab Ayam

 

20130527_202528[1]

Selesai makan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan restoran yang sudi memberi kami makan secara percuma malah melayan kami dengan baik sekali. Alhamdulillah syukur… Kami mendoakan agar Allah memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada tuan restoran dan semua pekerjanya yang berhati mulia dan moga Allah memberkati hidup mereka insyaAllah..

Setelah perut diisi, kami terus pulang ke homestay kerana tiada lagi tenaga untuk meneruskan program seterusnya. Tambahan pula pemandu bas kami perlu segera membuat laporan polis berkaitan kemalangan kecil yang berlaku itu. Tiba saja di homestay kami terus bersihkan diri, solat dan tidur.. Masing-masing telah kepenatan setelah seharian berjalan.

Hari pertama kami di Melaka terisi dengan perbagai warna dan rasa.. ada manis, ada masam, ada masin dan ada juga pahit… Namun itulah yang mencorakkan lakaran pengalaman kami di sana. Semestinya setiap musibah yang melanda itu adalah peringatan penuh kasih-sayang dariNYA untuk kami muhasabah diri dimana mungkin kadang-kala kami terlalai dari mengingatiNYA di sepanjang perjalanan itu… Tidur kami pada malam itu bersama titipan doa agar hari esok yang bakal menjelma adalah lebih baik dari hari itu…

Bersambung…..

>> Anda Adalah Insan Yang Hebat! <<

Bismillahirrahmanirrahim…

“Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia daripada suatu sari pati (berasal) daripada tanah. Kemudian Kami jadikan sari pati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang-belulang, lalu tulang-belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha Sucilah Allah, Pencipta Yang Paling Baik.”ย (Surah Al-Mu’minun: Ayat 12-14)

“Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh)mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu.”ย -(Surah Al-Infithaar: Ayat 7-8)

“Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya”ย (Surah AT-Tiin : 4)

 

Yaa, anda dan kita semua adalah insan yang HEBAT!

Kerana itu kita adalah JUARA dikalangan beribu sperma lain dalam perlumbaan memasuki rahim ibu kita!

Dari saat kita terpilih untuk memasuki rahim ibu itu, kita sudah pun menjadi insan yang HEBAT!

Jadi berbangga & bersyukurlah kerana kita adalah sebaik-baik makhluk yang diciptakanNYA..

Subhanallah… Allahu Akhbar!

 

Buat anda yang rasa down, yang hilang semangat dan low motivation untuk terus melangkah dalam perjalanan kehidupan ini…

Semoga kata-kata ini membakar & meninggikan semangat anda untuk mencapai impian-impian anda! FIGHTING!!! ^_^

 

set ur goal high

 

 

kata2 motivasi

 

 

senarai kebahagiaan

 

 

Bercakap dengan diri anda setiap hari seperti berikut :

1. Saya seorang yang soleh/ solehah, hamba yang beriman & bertaqwa.

2. Saya seorang yang penyayang dan penyabar.

3. Saya seorang yang bertanggungjawab.

4. Saya seorang yang amanah dan jujur.

5. Saya seorang yang bermanfaat pada ummah, negara dan Islam!

 

Moga ianya bermanfaat. Saya doakan anda semua kaya, berjaya dunia & akhirat, diberkati, dan diredhaiNYA, amiinn..

๐Ÿ™‚

 

LOVE,

-KMS-

Trillion Hearts Royal Sidr Honey

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Senyumlah Krn Kita Ada Allah Yg Menyayangi…

Pesanan Tuan Ibrahim Bin Tuan Man :

Wahai anakku,
Janganlah kamu bersedih di atas kekalahan ini, kerana ia adalah keringanan bebananmu di akhirat. Kekalahan sementara di dunia banyak air mata yang tumpah, banyak hati yang bersedih dan banyak jiwa yang menderita, namun semua rintihan, air mata dan kesedihan ada nilaiannya di akhirat seandainya kamu redhaย dengan ketentuanNya.

Wahai anakku,
Ingatlah akan firman Allah di dalam hadis Qudsi, mafhumnya ” Sesiapa yang tidak redha dengan ketentuanku, dan tidak sabar di atas ujianku dan tidak bersyukur di atas nikmatKu, maka carilah Tuhan yang lain dariKu”. Kerana itu wahai anakku, kita tidak punyai Tuhan yang lain selain Allah. Dia yang menentu kebaikan bagimu. Janganlah kerana sedikitnya ilmu yang ada pada kita, menyebabkan kita berdukacita di atas keputusan ini.

Wahai anakku,
Tidak salah kamu menangisi, bersedih dan kecewa kerana itu adalah fitrah manusia. Namun janganlah perasaan itu merosakkan hatimu sehingga syaitan berjaya merosakkan jiwamu. Ucaplah ” telah ditaqdirkan oleh Allah, apa-apa yang dikehendakiNya, dan kami redha dengan ketentuan!u wahai Allah”.

Alangkah hebatnya perjuangan ini, bilamana kita berhadapan dengannya secara langsung. Banyak pengorbanan yang kita lakukan, apa yang diharap agar Allah menerima pengorbanan tersebut. Wahai anakku,
Kejayaan sebenar kita bilamana Allah menerima segala pengorbanan masa, tenaga dan wang ringgit kita sehingga ia menjadi tebusan diri kita di hadapan Allah di akhirat.

Wahai anakku,
Perjalanan masih jauh, perjuangan masih panjang yang memerlukan tenagamu. Ambillah sedikit masa untuk rehat seketika, lalu bangunlah dengan penuh ketabahan bagi meneruskan perjuangan ini. Kamu tidak perlu menyalahkan diri di atas keputusan yang kamu tidak sukai, kerana itu helah syaitan untuk merosakkan jiwamu. Jangan kamu salahkan dirimu atau orang lain, kerana kita hanya pelaksana apa yang Allah perintahkan. Ingatlah firman Allah ” bukanlah kewajipan kamu (ya Muhamad S.A.W ) memberi hidayah kepada manusia, Allahlah yang memberi hidayah kepada sesiapa yang Dia kehendaki”.

Wahai anakku,
Teruskan kerja Islam ini sehingga Allah beri kemenangan sebenar dihadapanNya nanti atau kamu mengadapnya dalam keadaan kamu masih istiqamah di atas jalanNya.

Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa semua petugas yang telah bertungkus lumus berjuang bagi memenangkan perjuangan ini. Ya Allah, andainya ada sedikit belas kasihanmu pada kami, maaflah kesilapan kami, am
Unilah dosa mereka yang membenci kami, dan. Erilah petunjukmu kepada mereka dan kepada kami.

Salam perjuangan buat semua yang disayangi…..

Senyumlah kerana kamu masih ada Allah yang menyayangimu. ย =,)

*Hati rasa tenang setelah membaca pesanan Tuk Guru ini… Alhamdulillah… Ku yakini 100% bahawasanya perancangan Allah itulah yang TERBAIK! Ketahuilah sesungguhnya “kekalahan” ini adalah KEMENANGAN yang tertangguh!

So, jangan sesekali berhenti dari meneruskan perjuangan ini! Allahu Akhbar!!

LOVE,

-KMS-

= Air Mata Perjuangan =

Aku sememangnya bukan orang yang alim untuk memperkatakan soal agama…
Dibandingkan dgn kalian yg lagi tinggi ilmu agamanya…
Mempunyai kelulusan luar negara…
Malah menyandang jawatan dlm bidang professional…

Namun darah perjuangan mengalir dalam tubuh ini…
Mengenangkan nasib rakyat yg semakin hebat ditindas,
Hati rasa terbakar dan diri rasa terpukul,
Hati terguris, terhiris dan hancur luluh melihat penipuan berlaku depan mata!

Namun kita hanya berdiam diri kelu lidah tidak mampu berkata apa-apa…
Inilah mainan dunia yang kotor dan menjijikkan!
Dimana kita juga terlekat akan bau busuknya…

Allahu Akhbar…

Hati menangis sayu mengenangkan nasib ummah…
Air mata mengalir menzahirkan perasaan duka dan luka itu…….
Walau diri bukan ahli ilmuan dan alim ulamak…
Namun diri turut merasai semangat perjuangan para ulamak
dalam menegakkan kebenaran dan agama Islam tercinta ini………..

 

Demi agama Islam tercinta, rakyat, negara dan matlamat akhirat yang jelas,

Perjuangan ini perlu diteruskan,

Walau pahit dan perit…

Kerna sememangnya ujian dan dugaan itu akan datang bertimpa

sebelum tibanya pertolongan dariNYA…

Janji Allah itu pasti!

Allahu Rabbi………………………. T_T

 
Hati yang menangis,

-KMS-

 

perjuangan (1)