.Sesuci Ramadhan.

Agak lama kolam hati tidak dicuci…
Dh semakin menampakkan air yg mula berkeladak…
Ramadhan yg dilalui ini,
Moga ianya menjadi pusat cuci kolam diri agar hati itu kembali jernih…

I’m sorry to those people that are very patient in accepting me whoever I am…
dengan segala peel yg x menentu ini…
mereka tetap bersabar menerima… uhuu…
esp my ummi & my siblings…

Ya Allah….. beri ku kekuatan… jgn Kau lepaskan tangan ini…
Tanpa kekuatan dariMU sungguh aku benar2 lemah…
Aku hanyalah insan kerdil yg hanya bergantung kepadaMU,
Allahu Rabbi…….   T_T

 

 

upgrade urself

Advertisements

= Ingatan Penuh Kasih DariNYA =

Assalamualaikum WBT…

Agak lama blog ini tidak dibuka oleh tuannya… rasa rinduuu utk berceloteh namun masa & mood membatasi. =p

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke Bulan Ramadhan! Dah nak masuk hari ke -7 Ramadhan pun! RAMADHAN KAREEM buat semua pembaca setia saya! Saya sgt menghargai anda yg tidak jemu berkunjung ke blog yg serba kurang ini. AriigaatoOo! 😉

Actually saya menghadapi sedikit masalah… masalah besar kottt… tapi alhamdulillah saya masih berfikiran positif… saya tahu DIA akan beri saya sesuatu yg LEBIH BAIK inshaAllah! Oh Allah, YOU are soooo sweettt!  =’)

Apalaa saya merapu nie kan… korg mesti blurr2 katak baca post saya nie… maafff yee sahabat2 semua… =.=

Ada sesuatu perubahan yg berlaku pada saya yg suka saya nak kongsikan dgn sahabat2 semua. Nak tahu ke? Klau x tak tahu pun bace jee laa ekk… =p

Honestly dulu saya mudah kelam-kabutt & menggelabah ayam bila ada sedikit masalah mengdatangi hidup saya. Saya akan jadi cepaattt sgt stress, monyok dsb memikirkan masalah2 ittew! Kadang2 sampai 1 tahap saya rasa lebih baik saya x hidup di dunia nie! Haha… Ntah pape kn… nampak sgt x matured masa teww… mmg x matured pn… =p

Ok lah, berbalik pada citer tadi, then bila saya bertemu turning point ittew yg membuatkan 99.99% pemikiran saya berubah, Alhamdulillah byk perubahan positif yg terjadi dlm hidup saya… Walaupun saya akui saya masih lagi tidak lari dari melakukan kesilapan & kesalahan… namun saya sentiasa mencuba yg terbaik utk berubah… Dan alhamdulillah Allah itu sentiasa mendengar doa dari hati saya… Maha Baiknya DIA… =,)

Ujian & dugaan yg sentiasa mengetuk pintu Iman ini membuatkan diri lebih tabah, lebih berdikari, lebih positif, lebih kental dan lebih kuat cinta ini pada Rabb yg Satu… Allahu Allah…

Banyak PERKARA AJAIB terjadi pada diri sepanjang perjalanan kehidupan ini yg saya sendiri tidak dapat menemui jawapannya…

Pernah suatu hari itu adik saya minta tolong saya ambil barang yg dipesannya di Shah Alam. Pada ketika itu kami berada di Cheras. Saya memang failed jalan di area KL-Selangor nie… adik saya tanya banyak kali boleh ke nie? (sbb dia risau sgt takut saya sesatt..yelaa mana taknyee, jln kat Kuantan tue pn saya boleh sesatt kn.. =p ) Then saya cakap kat dia dgn konfidennye, InshaAllah boleh! Padahal saya tak tahu langsung jalan nak ke sana ok! Tapi apa yg membuatkn saya begitu konfiden ketika itu?? Yaa, kerana saya meletakkan 200% kepercayaan & tawakal saya pada Allah!

Dengan tenangnya saya memulakan pemanduan ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan itu saya berdialog denganNYA. Saya suarakan isi hati saya.. Saya beritahu DIA segala rahsia saya… dan saya tidak berhenti berdoa padaNYA agar diberikan yg TERBAIK dalam kehidupan ini… Hanya saya & DIA saat itu! Saya merasai bahawasanya DIA sgt dekat dgn saya. Saya dapat merasai rahmat kasih-sayangNYA memeluk erat diri ini… Allahu Allah… Sungguh sgt tenang & damai saat itu!

Dan alhamdulillah syukur dengan pimpinan dariNYA saya langsung tidak menghadapi kesukaran utk sampai ke destinasi yg hendak dituju. Sungguh DIA memudahkan perjalanan ini… Allahu Allah…

Terlalu banyak sebenarnya perkara2 pelik mendatangi saya yg membuatkan saya sering tertanya-tanya… tapi sehingga saat ini saya tidak ketemu jawapannya…

Enough. saya banyak merapu jee kali nie kan… maafkan saya yee… Saya doakan semua ahli keluarga saya, sahabat2 saya, guru2 saya, dan semua muslim di dunia ini ditetapkan iman, bertambah amal & taQwa, sentiasa dlm lindungan rahmat kasih-sayang Allah SWT, diberikan rezeki yg melimpah-ruah, ceria & bahagia dlm redhaNYA, diberikan kesihatan yg terbaik, kaya & berjaya dunia wal akhirah serta diberikan pengakhiran yg baik (Husnul Khotimah) inshaAllah Aamiinn Ya Rabbal A’laamin…

battle ur way to Jannah

 

 

Lots of LOVE,

-KMS-

:) Alkisah Ciuman Pagi (:


Sejak kecil saya sering melihat, papa sebelum keluar dari rumah untuk kerja, papa akan mencium dahi mak sambil membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Mama pula akan senyum keriangan sepanjang hari, melakukan kerja-kerja rumah menanti kepulangan papa dari kerja.

Bila tiba waktu zohor, selepas solat, mama akan menghantar satu sms untuk papa bertanyakan sudah papa makan tengahari.

Bila lepas azan, mak akan mula ke dapur menyiapkan makanan untuk makan malam bersama papa.

Mama tidak bertanya apakah papa malam ini akan pulang makan. Mama selalu masak dan lepas itu barulah mak menghantar sms ke papa bertanya apakah papa akan pulang untuk makan.

Jika papa kata ya, mama akan tunggu sehingga papa balik baru makan, walaupun perut sudah berbunyi kuat tapi saya akan disuruh makan dulu tanpa menunggu papa.

Satu malam, mama bertengkar dengan papa kerana papa berkata sesuatu yang mama tidak suka.

Pada sebelah paginya, mama tetap menyediakan sarapan pagi untuk saya dan papa.

Tapi mama dan papa tetap tidak bercakap antara satu sama lain.

Pagi itu, ketika papa keluar pintu rumah, papa tidak mengucup dahi mama. Mama pula buat tidak tahu dan tidak memberikan salam pada papa.

Apabila kereta papa sudah keluar, mama menangis.

“Mama, mengapa ngangis?” tanya saya.

“Tak ada apa,” kata mak yang melihat ke ruang tempat ayah meletak kereta yang kini kosong.

Mama balik ke bilik melipat kain. Saya pula bersiap nak ke sekolah.

15 minit kemudian, ada kereta henti di depan rumah. Saya keluar melihat.

Papa patah balik.

“Mana mana?”

“Dalam bilik.”

Papa terus ke bilik. Saya mengikut. Papa terus memeluk mama dan mencium dahinya dan membisik ‘I love you’ di telinga mama.

Air mata mama mengalir lagi.

“Hati abang tak tenteram bila abang pergi kerja tanpa salam dan doa ayang,” kata papa sebelum beredar balik ke kerja.

Mama tersenyum semula riang.

“Mama tadi menangis pasal papa ke? Mama senyum ini pun pasal papa ke?”

“Anak mama ini. Ya, mama menangis dan senyum pun untuk papa?” jawab mama.

“Papa ini nakallah, sekejap buat mama ngangis, sekejap buat mama senyum,” kata saya.

“Tak. Papa orang baik. Mama yang sakitkan hati papa semalam. Apa yang mama nak papa beri, tapi itu bukan sumber kegembiraan mama. Mama merajuk semalam tatkala papa letih kerja kerana lupa belikan hadiah buat harijadi mama. Papa kata terlupa, mama pula terlebih kata papa tiada hati untuk keluarga.

Biasalah perempuan ini mudah merajuk, walaupun salah, dia mengharapkan suaminya datang memujuknya semula. Tapi oleh kerana papa tak buat demikian, mama merajuk dalam hati tak cakap. Tapi bila papa pergi kerja tak cium dahi mama, mama menangis bukan kerana papa, tapi kerana mama terasa terlepas peluang untuk berbaik dengan papa, dan terasa papa tak sayang kat mama. Tapi apabila papa balik mencium dahi mama, mama terasa papa sangat sayang kat mama, dan mama sempat memohon maaf pada papa, sebab itu mama senyum,” kata mama.

Saya tak berapa faham kata-kata mama kerana masa itu kecil.

Sebelah malamnya, saya bertanya papa ketika mama sudah tidur keletihan.

“Papa, mengapa papa patah balik pagi tadi?” tanya saya.

“Mama dah bertungkus-lumus jaga keluarga ini dan ingin pastikan keluarga ini bahagia dan gembira. Tapi bila mama tahu papa terlupa beli harijadi mama, mama naik berang kata papa tiada hati untuk keluarga. Papa terguris sedikit, tapi papa ada ego tak nak mengaku salah.Masa memandu terfikir bagaimana mama setiap hari membuat yang terbaik untuk sarapan dan menunggu papa pulang untuk makan malam bersama, papa terasa bersalah bertindak kejam pada mama dengan tidak mencium dahi mama. Papa pulang kerana papa tahu mama adalah orang terpenting dalam hidup papa dan papa tak boleh biarkan mama sedih walaupun sesaat,” terang papa.

Kini saya sudah berkahwin – saya akhirnya faham apa yang dilalui mama dan papa. Rupa-rupanya ombak yang melanda mama dan papa sekali-sekala ini bukan merosakkan hubungan tapi ia memperkuatkan lagi kesayangan dan keeratan dengan orang tersayang setelah ombak itu reda kerana kedua-dua akan memahami betapa pentingnya pasangan masing-masing dalam hidup mereka.

Satu lagi cerita untuk renungan malam ini.

Senyum.

 

 

suami isteri

Gambar sekadar hiasan. 🙂

 

 

Dipetik dari FB Dato’ Tuan Ibrahim bin Tuan Man (Official)