Benarkah Poligami Itu Sunnah??

Assalamualaikum WBT…

Hari nie saya ingin kongsikan ilmu bersama para pembaca semua. Isu ini sangat panas & saya percaya akan ada pihak yang tidak senang pabila isu ini di bangkitkan terutama kaum Adam. Yang nyata isu ini bukan berkaitan topik masakan ye. ūüėČ

Isu ini saya ambil dari novel¬†‘Sebarkan Cinta-Mu’¬†karya penulis yang sangat berbakat & berpengetahuan luas dalam bidang ini, siapa lagi kalau bukan Ustazah Fatimah Syarha Mohd Noordin. Saya harap ustazah halalkan ilmu yang saya kongsikan ini.

Saya mula berjinak-jinak membaca novel berunsur Islamik & Tarbiah ini sejak kakak angkat saya menghadiahkan saya novel¬†‘Tautan Hati’¬†juga dari penulis yg sama. Sejak itu saya jatuh cinta pada novel-novel yang dihasilkan oleh Ustazah Fatimah Syarha ini. Membaca setiap novel beliau ibarat membaca buku 2 in 1, bkn saja ilmu dunia kita dapat, malahan ilmu akhirat juga kita dalami. Membaca novel-novel ustazah ini juga membuatkan kita semakin dekat dgn Yang Maha Pencipta. Sangat berbeza dgn novel-novel biasa yang kebanyakannya hanya membuatkan kita hanyut & banyak berkhayal malah mungkin lebih jauh dari Rabb kita. Astaghfirullah…

Berbalik pada topik asal, isu yang saya ingin kongsikan bersama para pembaca yang dihormati sekalian¬†adalah berkaitan¬†‘Benarkah Poligami Itu Sunnah?’.¬†Seperti yang saya katakan tadi mungkin ada pihak yang tidak senang dengan tajuk ini tetapi niat saya cuma mahu kita semua tahu apakah hukum sebenar poligami ini dan benarkah Islam menggalakkan poligami? Mari kita fikirkan bersama…

Kebanyakan lelaki di Malaysia (bukan semua) menjadikan isu poligami sebagai bahan jenaka atau senda gurau sesama mereka. Namun tanpa mereka sedari isu ini sebenarnya melukakan hati para isteri.

*Sehinggakan para gerakan Kristian & orientalis menjadikan topik poligami seakan-akan ia adalah syiar daripada syiar-syiar Islam, ataupun wajib daripada kewajipan-kewajipan Islam, atau sekurang-kurangnya galakan daripada galakan Islam. Dakyah itu adalah sesat lg menyesatkan (*Prof. Dr. Yusuf Al-Qaradrawi)

Asal yang mendominasi dalam perkahwinan Muslim adalah berkahwin satu (monogami). Monogami adalah sunnah Nabi selama 25 tahun manakala poligami pula sunnah Nabi selama 10 tahun. Monogami dan poligami adalah perbuatan Nabi secara umum.

Daripada sudut hukum, poligami bukan sunnah, cuma harus. Ia mempunyai dalil-dalil yang kuat oleh jumhur ulama bagi meletakkan hukum asal ini.Syeikh Muhammad Abduh menegaskan bahawa orang yang merenungi dua ayat iaitu Surah An-Nisaak ayat 3 dan ayat 129 nescaya akan faham bahawa poligami dalam Islam adalah perkara yang sangat berat, tidak boleh dilakukan kecuali dalam keadaan yang sangat terpaksa.

Ayat 3 mensyaratkan syarat adil untuk berpoligami, ia satu syarat yang berat dan pasti disoal Allah. Ayat itu juga menyusun fiqh keutamaan bahawa berkahwin satu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya, itu lebih utama.

Manakala ayat 129 pula, Allah menjelaskan, setiap lelaki pasti tidak akan mampu berlaku adil walaupun dia amat menginginkannya. Ayat ini menguatkan lagi hujah bahawa poligami sebenarnya tidak digalakkan dalam Islam. Ia berisiko dekat kepada berbuat aniaya dan berisiko membiarkan mana-mana isteri terabai akibat kecenderungan cinta yang tidak dapat dielak.

Islam agama yang paling memahami hati & perasaan wanita. Islam agama fitrah, sudah tentu DIA amat adil terhadap fitrah itu. ALLAH tidak menjadikan pemaksaan kepada kaum wanita dalam hal poligami. Ia cuma jalan keluar bagi masalah-masalah tertentu
.
Ketika Islam mengharuskan suami berpoligami DENGAN SYARAT YANG KETAT DAN SEBAB YANG MUNASABAH, Islam juga memberikan hak wanita sama ada mahu merelakan atau minta dibebaskn. Adil bukan Islam?

Sekiranya isteri tidak merelakan suaminya berpoligami dan minta dibebaskan, kita perlu menghormati keputusannya. Dia minta dibebaskan bagi kepentingan akhiratnya supaya tidak rosak kerana cemburu. Dia berhak menjaga agamanya sendiri. Malah, dia berhak mengadakan ‘khuluk’ (tebus talak)¬†untuk tujuan murni itu sekiranya suami enggan menceraikannya.

Dalam hadis sahih Laporan Bukhari Muslim, Rasulullah sendiri menyuruh Saidina Ali menceraikn Fatimah sekiranya mahu menduakannya. Dalam syarah Imam Nawawi, perkahwinan Ali dgn puteri Abu Jahal adalah harus tetapi Rasulullah SAW menegahnya kerana baginda takut agama Fatimah rosak akibat cemburu. Ada ulama mentafsirkan bahawa tegahan Nabi itu bagi meraikan hak Fatimah (yang merasakan poligami itu menyakitkannya) [Rujuk Fathul Bari, penjelasan ke-3]

Bukan hanya Fatimah, malah Rasulullah SAW  juga melarang semua puterinya diduakan. (Rujuk hadis Sahih Bukhari Muslim).

Satu lagi dalil adalah kisah isteri Thabit bin Qais yang minta diceraikan dengan khuluk. Rasulullah SAW dan Thabit bin Qais menghormati haknya. Ia lalu diceraikan dengan mengembalikan maharnya iaitu sebuah kebun kepada suaminya. (Riwayat Bukhari 5273) dan Nasa’i (169/6).

Ini menjadi dalil kita kepada golongan orientalis berkenaan kedudukan sebenar poligami dalam Islam. Kisah itu sepatutnya menjadi dalil kepada kita, bahawa Rasulullah SAW adalah insan yang paling adil. Sikap Baginda mengajar kita berkenaan pendirian sebenar Islam terhadap poligami. Baginda mencontohkan cara Islam dan meraikan suara wanita dan memelihara hak-hak wanita. Islam hanya mengharuskn poligami dalam masalah-masalah tertentu, bukan menggalakknnya. Ada hak-hak wanita yang perlu diraikan.

Rasulullah SAW berpoligami menyusuli hikmah perang kerana zaman itu adalah zaman perang. Sistem poligami yang dilaksanakan amat bijaksana dalam menghadapi suasana itu kerana Islam kehilangan sekian banyak lelaki-lelakinya. Masalahnya, ramai masyarakat pada hari ini berpoligami kerana sudah dekat dengan zina. Mampukah orang yang kurang beragama itu berlaku adil?

Banyak kefahaman yang SALAH berkenaan poligami. Antaranya adalah:

  1. Poligami itu sunnah
  2. Poligami berkait dengan soal keimanan. Isteri yang menolak suaminya berpoligami dikira tidak beriman.
  3. Poligami itu hukum Al-Quran yang wajib dilaksanakan jika suami berkeinginan.
  4. Poligami itu ‘kalau kita cakap-cakap’ ia suatu bidaah, sekiranya kita mahu, kita buat sahaja tanpa perlu mengambil kita suara isteri pertama.
  5. Sekiranya suami kata; “Saya mahu poligami untuk dakwah Islam”, isteri perlu berkata “Ya!” tanpa perlu mengkaji kebenaran hujah suami, kemampuan dan ketulusannya.

 

Wahai kaum Adam, janganlah kalian menganggap wanita yang menolak untuk dimadukan ini mementingkan diri dan emosional. Ingatlah, wanita yang kesedihan apabila suaminya mahu berpoligami bukannya lebih memikirkan dunia berbanding akhirat. Kesedihannya lahir daripada besarnya cinta dan kerana takut terjebak ke dalam kezaliman. Oleh sebab itu, tidak hairanlah Rasulullah SAW sendiri melarang Saiyyidina Ali memadukan Fatimah Az-Zahra dalam hadis Sahih Bukhari Muslim. Fatimah Az-Zahra, ketua bidadari syurga itu sudah tentu lebih memikirkan akhiratnya berbanding dunia.

Berusahalah sehabis daya terlebih dahulu mewujudkan sakinah, mawaddah  warrahmah sebelum menggadaikan kebahagiaan itu dengan berfikir untuk berpoligami. Bukankah memiliki satu isteri itu lebih dekat kepada tidak berbuat aniaya? Tidak zalim terhadap isteri dan anak-anak! Poligami cuma harus untuk keperluan-keperluan tertentu sahaja. Semoga kita bertaqwa.

    Image
Dipetik dari ‘Sebarkan Cinta-Mu’ karya Fatimah Syarha Mohd Noordin.

Semoga bermanfaat buat kita semua, InsyaAllah. Semoga Allah redha. ¬†ūüôā

Advertisements