= Ingatan Penuh Kasih DariNYA =

Assalamualaikum WBT…

Agak lama blog ini tidak dibuka oleh tuannya… rasa rinduuu utk berceloteh namun masa & mood membatasi. =p

Pejam celik pejam celik, sedar tak sedar kita telah pun melangkah ke Bulan Ramadhan! Dah nak masuk hari ke -7 Ramadhan pun! RAMADHAN KAREEM buat semua pembaca setia saya! Saya sgt menghargai anda yg tidak jemu berkunjung ke blog yg serba kurang ini. AriigaatoOo! 😉

Actually saya menghadapi sedikit masalah… masalah besar kottt… tapi alhamdulillah saya masih berfikiran positif… saya tahu DIA akan beri saya sesuatu yg LEBIH BAIK inshaAllah! Oh Allah, YOU are soooo sweettt!  =’)

Apalaa saya merapu nie kan… korg mesti blurr2 katak baca post saya nie… maafff yee sahabat2 semua… =.=

Ada sesuatu perubahan yg berlaku pada saya yg suka saya nak kongsikan dgn sahabat2 semua. Nak tahu ke? Klau x tak tahu pun bace jee laa ekk… =p

Honestly dulu saya mudah kelam-kabutt & menggelabah ayam bila ada sedikit masalah mengdatangi hidup saya. Saya akan jadi cepaattt sgt stress, monyok dsb memikirkan masalah2 ittew! Kadang2 sampai 1 tahap saya rasa lebih baik saya x hidup di dunia nie! Haha… Ntah pape kn… nampak sgt x matured masa teww… mmg x matured pn… =p

Ok lah, berbalik pada citer tadi, then bila saya bertemu turning point ittew yg membuatkan 99.99% pemikiran saya berubah, Alhamdulillah byk perubahan positif yg terjadi dlm hidup saya… Walaupun saya akui saya masih lagi tidak lari dari melakukan kesilapan & kesalahan… namun saya sentiasa mencuba yg terbaik utk berubah… Dan alhamdulillah Allah itu sentiasa mendengar doa dari hati saya… Maha Baiknya DIA… =,)

Ujian & dugaan yg sentiasa mengetuk pintu Iman ini membuatkan diri lebih tabah, lebih berdikari, lebih positif, lebih kental dan lebih kuat cinta ini pada Rabb yg Satu… Allahu Allah…

Banyak PERKARA AJAIB terjadi pada diri sepanjang perjalanan kehidupan ini yg saya sendiri tidak dapat menemui jawapannya…

Pernah suatu hari itu adik saya minta tolong saya ambil barang yg dipesannya di Shah Alam. Pada ketika itu kami berada di Cheras. Saya memang failed jalan di area KL-Selangor nie… adik saya tanya banyak kali boleh ke nie? (sbb dia risau sgt takut saya sesatt..yelaa mana taknyee, jln kat Kuantan tue pn saya boleh sesatt kn.. =p ) Then saya cakap kat dia dgn konfidennye, InshaAllah boleh! Padahal saya tak tahu langsung jalan nak ke sana ok! Tapi apa yg membuatkn saya begitu konfiden ketika itu?? Yaa, kerana saya meletakkan 200% kepercayaan & tawakal saya pada Allah!

Dengan tenangnya saya memulakan pemanduan ke Shah Alam. Sepanjang perjalanan itu saya berdialog denganNYA. Saya suarakan isi hati saya.. Saya beritahu DIA segala rahsia saya… dan saya tidak berhenti berdoa padaNYA agar diberikan yg TERBAIK dalam kehidupan ini… Hanya saya & DIA saat itu! Saya merasai bahawasanya DIA sgt dekat dgn saya. Saya dapat merasai rahmat kasih-sayangNYA memeluk erat diri ini… Allahu Allah… Sungguh sgt tenang & damai saat itu!

Dan alhamdulillah syukur dengan pimpinan dariNYA saya langsung tidak menghadapi kesukaran utk sampai ke destinasi yg hendak dituju. Sungguh DIA memudahkan perjalanan ini… Allahu Allah…

Terlalu banyak sebenarnya perkara2 pelik mendatangi saya yg membuatkan saya sering tertanya-tanya… tapi sehingga saat ini saya tidak ketemu jawapannya…

Enough. saya banyak merapu jee kali nie kan… maafkan saya yee… Saya doakan semua ahli keluarga saya, sahabat2 saya, guru2 saya, dan semua muslim di dunia ini ditetapkan iman, bertambah amal & taQwa, sentiasa dlm lindungan rahmat kasih-sayang Allah SWT, diberikan rezeki yg melimpah-ruah, ceria & bahagia dlm redhaNYA, diberikan kesihatan yg terbaik, kaya & berjaya dunia wal akhirah serta diberikan pengakhiran yg baik (Husnul Khotimah) inshaAllah Aamiinn Ya Rabbal A’laamin…

battle ur way to Jannah

 

 

Lots of LOVE,

-KMS-

Advertisements

》Call to Actions!《

Bismillahirrahmanirrahim…

Agak lama saya ambil masa itu utk bertindak…
Kerna apa??
Kerna ketakutan itu masih ada dlm diri ini…
Itulah hakikatnya walaupun saya benci utk mengakuinya!

Sehinggalah saya menerima 1 surat.
Saat membacanya terasa seperti kepala dihantuk ke dinding berpuluh kali!

Khadijah…Khadijah…Khadijah..

Sampai bila nak mengeram rasa takut itu???

Sampai bila nak hidup biasa-biasa saja???

Sampai bila nak hidup di zon yg konon2nya selesa itu???

Adakah impian2 mu hanya tinggal angan2
Yang akhirnya terkubur selamanya???

Dush!! Dush!! Dush!!!
Terasa berpinar mata terkena tumbukan soalan maut bertubi-tubi itu!

Lalu pada ari ini aku ambil langkah pertamaku.
Yaa, my 1st step to achieve my dreams!

Hari ini, 1st Sya’ban 1434H
Saya gagahkn diri ke tempat kecintaan saya.
Mencari ketenangan diri
Dan mengumpul segala kekuatan
Untuk menulis 101 impian saya
Yg selama ini hanya sedikit saja ditulis.

Hampir 2 jam saya disana
Sambil ditemani bunyi ombak memukul pantai…
Beburung yg riang berterbangan di dada langit…
Serta senyuman sang matahari…
Akhirnya 101 impian insan bernama Khadijah Shukri itu siap ditulis!

Alhamdulillah DIA memberi saya kekuatan dgn meminjamkn saya tempat yg memberikn ketenangan jiwa itu…

Ya Allah…
HambaMU ini sentiasa memerlukan pimpinanMU utk aku meneruskn larian ini…
Berikanku sedikit kekuatan dari kekuatan Mu utk aku terus berlari mengejar impian2 ku ini…
Sesungguhnya aku tiada daya & upaya melainkan dgn izinMU…
Ya Rahman..Ya Rahim..
Ya Wahhab… Ya Razzaq…

=,)

 

dream2

 

 

 

You-say-I-dream-too-big

 

 

transform ur life

 

 

Insan yg mendambakan redha Ilahi,
-KMS-

>> Kenapa Aku Yang Sering Diuji?? <<

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Suatu ketika dahulu aku pernah bertanya dan mempersoalkan kepadaNYA, kenapa aku yang menerima ujian ini?? Kenapa tidak orang lain??

Memang tidak sepatutnya aku mempersoalkan qada’ dan qadar Allah SWT… Namun pada ketika itu aku sangat lemah dan tiada kekuatan untuk menerima ujian itu… aku hanya mampu menangis…menangis….. dan menangis…… air mata adalah teman setiaku… perasaan sedih ini tidak dapat ku bendung… sehingga aku tidak mampu untuk melihat dunia luar…..

Dalam keadaan aku yang sangat lemah ketika itu, ummi akulah yang setia berada disampingku, tidak pernah lelah memujukkan dan memberi kata-kata semangat buatku. Ummi menyatakan padaku,

“Kerana Allah sayang angahlah DIA selamatkan angah. Ummi yakin yang Allah nak gantikan apa yang angah hilang ini dengan yang lebih baik. Sebab angah orang yang baik. Yakinlah, Allah tidak aturkan semua ini dengan sia-sia.”

Mendengar saja kata-kata ummi itu, air kolam mataku  pecah kembali… Sungguh bukan senang untuk aku hadapi ujian dariNYA ini… Namun perlahan-lahan aku cuba mencernakan kata-kata ummi ku itu. Aku cuba berfikir dengan tenang dan mengambil kata-kata itu dari sudut positif..

Dan Allah Yang Maha Penyayang itu tidak terus membiarkan aku dalam kesedihan dan kemurungan dengan ujian itu, lalu DIA aturkan aku untuk menghadiri seminar yang dianjurkan oleh seseorang yang sangat terkenal itu. Dan segalanya bermula di sini. Aku datang ke seminar tersebut bersama ummi tercinta. Sepanjang seminar tersebut aku tidak berhenti-henti menangis kerana terasa seperti kepalaku dihantuk ke dinding berkali-kali. Dan kerana hantukan itulah aku mula tersedar dari kesedihanku yang melampau itu!

Ya, insan tersebut telah berjaya mengubah pemikiranku. Dari situ aku mula sedar yang selama ini akulah yang bodoh kerana telah lama mensabotaj diri sendiri! Aku yang sering menzalimi diri sendiri kerana membiarkan kesedihan itu menguasai diriku. Allahu Rabbi…

Semenjak itu aku mula melihat cahaya yang terang perlahan-lahan memasuki duniaku. Dunia yang dulu aku rasakan gelap gelita kini mula bercahaya kembali. Aku amalkan apa yang insan tersebut ajarkan sedikit demi sedikit. Aku mula cuci kolam dalam diri ini dan membuang segala keladak-keladak dan lumut-lumut yang mengotori kolamku. Alhamdulillah syukur dengan sedikit kekuatan yang DIA berikan kepadaku dan berkat doa ummi yang tidak pernah putus, akhirnya aku bangkit kembali melihat dunia luar dengan mengumpul segala kekuatan yang ada. Terima kasih Ya Allah kerana tidak pernah membiarkan aku keseorangan menghadapi lautan ujian ini. Engkau telah berikan aku seorang ibu yang tidak pernah sedikitpun lelah memberi anaknya ini kekuatan dan sokongan.. Allahu Rabbi… =,)

 

 

allah-knows-best1

 

 

 

its-my-journey

reason y Allah take sumthing frm us

——————————————————————————————————————————

 

Setiap manusia yang hidup di dunia ini akan diuji oleh Allah SWT untuk mengukur tahap keimanan hamba-hambaNYA. Dan tahap ujian itu berbeza-beza mengikut kemampuan hamba-hambaNYA menghadapi ujian tersebut. Dan semakin tinggi ketaqwaan seseorang hamba itu, semakin kuatlah dia diuji.

“Allah tidak memberi kesusahan seseorang hamba melainkan apa yang terdaya olehnya.” [Al-Baqarah: 286]

“Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: “Kami beriman”, sedang mereka tidak diuji (dengan sesuatu dugaan)?Dan demi sesungguhnya! Kami telah menguji orang-orang yang terdahulu sebelum mereka, maka (dengan ujian yang demikian), nyata apa yang diketahui Allah tentang orang-orang yang benar-benarnya beriman, dan nyata pula apa yang diketahui-Nya akan orang-orang yang berdusta.” [Al-Ankabut: 2-3]

Kita sering bertanya dan mempersoalkan kenapa aku yang menerima ujian seberat ini? Lalu Allah yang Maha Mengetahui menjawab persoalan hamba-hambaNYA itu melalui kitabNYA :

“Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; “Kami telah beriman,” sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yg dusta.” [Surah Al-Ankabut ayat 2-3]

“Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya.” [Surah Al-Baqarah ayat 286]

———————————————————————————————————————————

 

Sungguh DIA tidak akan sesekali membiarkan kita menghadapi ujian dan dugaan itu berseorangan. DIA sentiasa dekat dengan kita untuk kita mengadu dan bergantung harap kepadaNYA. Sungguh Allah itu dekat! Allah itu ada dalam hatimu!

 

Tiada yang dapat ku lafazkan selain kalimah syukur yang tidak berhenti berdetik dalam hati ini kerana terpilih untuk menerima lautan ujian dariNYA ini.

Benarlah, kerana ujian dan dugaan ini jugalah yang menguatkan aku untuk menjadi insan yang lebih berjaya insyaAllah. Terima kasih Allah. You are sooo sweet!

Rasa redha, moga diredhaiNYA.

 

 

Insan yang mendambakan Redha Ilahi,

-KMS-

>> Khadijah vs Khadijah <<

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan kehadrat Allah SWT yg masih mengizinkan saya menghirup oksigenNYA dan berjalan diatas bumiNYA yg luas terbentang ini…

Hampir setiap hari kita berjumpa dengan orang yang tidak kita kenali, namun sedar atau tidak, kita telah belajar dari mereka samada banyak mahupun sedikit, samada perkara baik mahupun buruk. Kitalah yang perlu bijak menilai & menapisnya. Bak kata pepatah melayu, yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan. Itulah salah satu hikmah terjadinya sesuatu pertemuan itu. Cantikkan setiap susunan Allah itu? Subhanallah… 🙂

Ok, back to the topic. Secara jujurnya masa saya kecil saya selalu rasa tak puas hati dengan ummi abah kerana beri nama saya Khadijah. Saya selalu tanya dalam hati ( tak berani tanya dengan abah, takut dia marah sbb abah yg beri nama tu pada saya. haha..) ‘Kenapa nama aku sorang je klasik? Sedangkan adik-adik yang lain semuanya nama moden; Suffiyah, Naajihah & Naaimah’ Grrr… rasa tak puas hati dengan ummi abah tak habis- habis lagi masa tue..haha..

Sehinggalah saya berumur dalam belasan tahun, pada masa itu kumpulan Inteam mengeluarkan album barunya dan yang paling buat saya excited adalah kerana dalam album tersebut ada satu lagu berjudul ‘Siti Khadijah!’ Dan lagu itu sangat meletup pada masa itu! Setiap kali lagu tersebut berkumandang di radio saya cepat-cepat berlari ke radio dan dengan penuh perasaan saya menyanyikan lagu tue! Memang tak boleh lupa laa zaman tue! =p

Sejak itulah saya mula merasa bangga dengan nama saya! Wah, rupanya ada juga orang nak buatkan lagu untuk aku! =P

Lagu itu benar-benar menyentuh hati saya untuk mengkaji dengan lebih mendalam tentang kisah hidup Saidatina Khadijah RA dan peribadinya yang telah membuatkan Nabi agong kita sangat mencintainya. Membaca kisah beliau yang sangat mengkagumkan itu membuatkan perasaanku benar-benar sebak dan mata sentiasa berkaca. Subhanallah, betapa besarnya jasa dan pengorbanan Saidatina Khadijah dalam membantu perjuangan Nabi Muhammad SAW menegakkan Islam tercinta! Bangganya saya mempunyai nama beliau!  ^_^

Saya suka bercakap dengan diri sendiri. Bila saya nak beri motivasi dan semangat pada diri saya akan sebut nama saya dan bercakap dengan diri sendiri. Dan perasaan yang lahir itu sukar saya gambarkan! Seolah-olah badan saya turut bergetar setiap kali saya menyebut nama itu; Khadijah… Subhanallah, Ya Allah… =,)

Memiliki nama wanita tauladan sepanjang zaman ini membuatkan saya juga ingin mencontohi akhlak & peribadinya.. Saya telah menjadikan beliau idola saya sepanjang hayat ini. Walaupun hakikatnya saya dengan beliau umpama langit & bumi, namun dalam perjalanan hidup saya dan beliau, kami ada sedikit persamaan.

Saya minat berniaga & selalu berimpian nak jadi jutawan seperti beliau insyaAllah. Dan biarlah disaat akhir kematian saya nanti, saya tidak meninggalkan sedikit pun harta melainkan semuanya telah disumbangkan untuk agama tercinta…

InsyaAllah walaupun tidak setanding Saidatina Khadijah yang sangat hebat pengorbanannya dimana beliau sanggup menawarkan tulang sumsumnya kepada baginda Rasulullah SAW untuk dijual jika itu dapat membantu dalam perjuangan Baginda SAW… Walaupun beliau seorang jutawan pada zaman itu, namun diakhir hayatnya, beliau tidak meninggalkan walau 1 dinar pun harta… Semuanya telah disumbangkan untuk Islam. Allahu Rabbi…

Kerana peribadinya yang tinggi itulah membuatkan Rasulullah SAW sangat setia bersamanya sehingga akhir hayatnya… Dengan Saidatina Khadijah RA sahaja Rasulullah SAW tidak berpoligami… Walaupun setelah beliau tiada disisi Baginda SAW, namun nama beliau sering meniti di bibir Baginda SAW sehinggakan Saidatina Aisyah RA sangat mencemburui…

Ya Allah, kagumnya saya!

Ummi abah, terima kasih kerana memberi anakmu dengan nama ini! Angah sangat bangga dengan nama ini! Alhamdulillah.

Perlahan-lahan, saya mula belajar untuk berubah, sedikit demi sedikit agar ummi abah saya merasa bangga dengan anaknya yang bernama Khadijah ini!  InsyaAllah. Amiiinn Ya Rabb~ ^_^

“Rabbi Yassir Wala Tuassir Waj Alni Minannaajihiinn…”

the true love story of muhammad

Kisah hidup, perjuangan & pengorbanannya bersama Rasulullah SAW telah dibukukan oleh ramai penulis. Subhanallah...

Kisah hidup, perjuangan & pengorbanannya bersama Rasulullah SAW telah dibukukan oleh ramai penulis. Subhanallah…

 

Insan yang mendambakan redha Ilahi;

-KMS-

= Photos Speak Thousand Words =

Bismillahirrahmanirrahim…

Untuk entri kali ini saya tak nak berceloteh panjang…

Hanya mahu mengabadikan gambar-gambar ini sebagai kenangan terindah saya bersama adik-adik solehah dari Permata Insyirah serta sahabat2 fasi yang berhati mulia semuanya InsyaAllah.. 🙂

Jom kita layan gambar-gambar  yg menceritakan 1001 kisah ini… ^_^

 

Tempat : Muzium Pengangkutan, Kota A'Famosa dan Zoo Melaka. :)

Tempat : Muzium Pengangkutan, Kota A’Famosa dan Zoo Melaka. 🙂

 

Klau anda seorang yg bijak, cer teka nama binatang-binatang nie? ;)

 

 

Kalau anda seorang yg bijak, apakah nama binatang-binatang ini? ;)

Kalau anda seorang yg bijak, apakah nama binatang-binatang ini? 😉

 

Senyum tawa mereka adalah salah satu nikmat kebahagiaan buat kami.. :)

Senyum tawa mereka adalah salah satu nikmat kebahagiaan buat kami.. 🙂

 

 

akak2 dan abang2 fasi yg sangat penyabar melayan adik2.. :)

akak2 dan abang2 fasi yg sangat penyabar melayan adik2.. 🙂

 

wif adik2 & fasi

Bersama adik2 Permata Insyirah dan adik2 fasi yang baik2.. beronok-ronok kami sepanjang perjalanan ini.. Alhamdulillah.. ^_^

 

Ini adalah kenangan yg paling mencuit hati saya~ Kenangan bersama si ostrich yg nakal mahu meragut beg saya! Pandai dia gurau manja dgn saya! =D

Ini adalah kenangan yg paling mencuit hati saya~ Kenangan bersama si ostrich yg nakal mahu meragut beg saya! Pandai dia gurau manja dgn saya! =D

“Bukankah DIA mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu DIA melindungimu..
dan DIA mendapatimu sebagai seorang yg bingung, lalu DIA memberikan petunjuk.
Dan DIA mendapatimu sebagai seorang yg kekurangan, lalu DIA memberikan kecukupan..
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.
Dan terhadap orang yg meminta-minta jgnlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.”

(Ad-Dhuha: 6-11)

Kita hidup bukanlah untuk diri dan keluarga kita semata…
Tetapi hakikatnya kehidupan kita adalah mengenai perkongsian…
Memberi dan menerima…
Kebahagiaan yang kita kecapi adalah untuk dikongsikan kepada insan2 yg kurang bernasib baik…

Alhamdulillah DIA mengizinkan saya untuk merasai perasaan itu… 
Perasaan yg sukar digambarkan bila berjaya membantu adik2 tersayang di Permata Insyirah untuk menunaikan impian mereka..  ^_^

true hapiness

Gambar credit to : Mohd Abdullah Naim, Faizz Musa & Khairunnafishah Abdul Rahman. Thanks guys! ^_^

Til then, wassalamu…

Lots of LOVE,

-KMS-