>> Mereka adalah Permata Islam <<

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari pertama aku mengenali adik-adik Baitul Husna, aku ditayangkan dengan pertunjukan karekter sebenar mereka. Karekter yang selama ini disembunyikan disebalik topeng yang dipakai dihadapan volunteers lain. Namun aku langsung tidak terkejut. Aku memandang mereka dengan penuh rasa sayang. Yaa, mereka juga insan biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan & kesalahan. Kadang-kala mereka memberontak kerana mahu menarik perhatian kita. Mereka sangat memerlukan belaian kasih-sayang & perhatian dari abang-abang & kakak-kakak mereka.

Bagi ku, mereka semua adalah adik-adik yang sedang melalui proses pembelajaran tentang kehidupan. Mereka ibarat junior dalam sebuah institusi kehidupan, yang masih ‘blur-blur katak’ dalam membiasakan diri dalam persekitaran realiti. Siapa lagi yang sudi memimpin tangan-tangan mereka untuk mengenalkan mereka kepada dunia realiti jika bukan kita???

Mungkin kebanyakan kawannya membenci dengan sikapnya yang keterlaluan. Namun aku tidak cepat menilai. Disaat aku berpeluang menghampirinya, aku merenung ke matanya dan cuba menyelami hatinya. Aku melihat masih ada cahaya kebaikan dalam hatinya. Aku yakin yang adik ini akan menjadi insan yang hebat suatu hari nanti. Hati itu perlu disentuh dengan penuh kasih-sayang & perhatian seorang kakak untuknya turut menyebarkan kasih-sayang itu buat insan sekelilingnya. Agar hati yang dipenuhi rasa dendam & benci itu sedikit demi sedikit digantikan dengan rasa sayang, kasih dan prihatin kepada insan-insan disekelilingnya.

InshaAllah aku berjanji pada diri untuk selalu melawati mereka dan menyelami hati-hati yang masih suci itu. Moga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala keburukan dan kecelakaan. Ku doakan mereka sentiasa dalam pelukan rahmat kasih-sayangNYA, sentiasa dalam perlindunganNYA, menjadi anak-anak yang solehah, menjadi penyumbang kepada ummah, negara & agama tercinta. Mereka semua adalah bakal ahli syurga InshaaAllah! Amiinnn Ya Rabbal A’lamiinn…

Lihatlah dengan mata hati, sentuhlah dengan penuh kasih dan belailah mereka dengan penuh rasa sayang didada agar mereka merasai masih ada yang menyayangi dan mengasihi disaat jiwa-jiwa itu semakin kosong…

 

 

 

20130621_194941

20130621_195810

20130621_211959

20130621_212654

 

 

 

Salam sayang dari kakakmu,

-KMS-

Advertisements