.:: KupAng mAsAk sOs TirAm ::.

Haa,penah dgr x nama makhluk Allah nie??? saya yakin mostly penah lihat & makan kn? =) Saya pn confius dgn nama makhluk nie..byk sgt nama…ade yg panggil kupang..ade jg yg panggil lala~~ saya pn x sure nama betul dia dlm surat beranak..  =.=’

Masa saya beli kupang2 nie, dorang hidup lg tau..saya rasa x sampai hati nak masukkn dorang nie dlm kuali…huhu~

Maaf yee kupang2 sekalian… =.=

Resepi dia senang jee! Jom try! =D

Bahan2nya :

1.  *3 ulas Bawang merah – hiris

2.  *2 ulas Bawang putih – ketuk & hiris

3.  *1 inci Halia – hiris

4.  Cili kering – blender

5.  Sos Tiram

6.  Sos Tomato

7.  Sos Cili

8   3 btg Serai – diketuk

9.  Kupang – dibasuh

10. Sedikit air

11. Garam secukup rasa

Jom Masak!

1. Jgn lupa mulakan dgn Bismillah & selawat ye! =) Panaskan minyak. Tumis bahan2 yg bertanda * sehingga naik bau.

2. Then masukkan cili kering yg tlh dimesin. Masak hingga pecah minyak.

3. Masukkan sos tiram, sos tomato & sos cili. Kacau rata. Then masukan serai. Kacau sebati.

4. Then masukkan kupang & sedikit air. Kacau rata. Masakkan dlm 3-4 minit.

5. Lastly masukkan garam secukup rasa. Kacau rata. Masak dlm 2-3 minit.

6. Siap! Bolehlah dihidang! =D

Jom kita tgk hasilnya!

Selamat Mencuba! ^^

Isnin, 141111

= Ketam Masak Lemak Cili Api Superb! =

Aritu tetiba rase teringin nk mkn ketam.. Mggu dpn tue saya beli laa 4 ekor ketam. =D  Cukup laa 4 ekor tue, lgpun kami berdua je..tu pun dh RM 10 lebih..fuuhhh, mknn laut skrg mahal2! Klau nk mkn ketam nie, saya suka Masak Lemak Cili Api jee..fuuuhhhh, terangkat!
 
Oklaa, kat sini saya kongsikan resepinya. Selamat Mencuba!
 
 
Ketam Masak Lemak Cili Api
  
Bahan-bahan:
 
1. 2 ulas Bawang Merah*
2. 9-11 biji cili api (klau suka pedas boleh tambah lg )*
3. 3 inci kunyit hidup*
4. 3 batang Serai (diketuk)
5. 1 helai daun kunyit (dicarik2)
6. Santan cair & santan pekat
7. 4-5 ekor Ketam
8. Garam secukup rasa
9. 1 keping Asam Keping
 
  
Jom Masak!
 
1. Mulakan dgn Bismillah,selawat & doa. =) Siang ketam, buang insang & kulitnya. Basuh ketam bersih2 & potong 2. Masukkan dlm periuk.
2. Tumbuk bwg merah, cili api & kunyit hidup hingga lumat & masukkan dlm periuk yg telah diisi ketam td.
3. Masukkan santan cair & serai. Hidupkan api & timbuk sentiasa.
4. Bila dah mendidih masukkan santan pekat & daun kunyit. Timbuk lagi utk elak pecah minyak.
5. Bila mendidih, masukkan asam keping & garam. Bolehlah rasa,jika kurang masin tambah lagi garam.
6. Kacau sebati & timbuk lagi. Masak lebih kurang 3-5 minit. Kemudian bolehlah dihidang. =D
 
 
 

Image
Sabtu, 170911

:) The Real Tomyam! (:

Sementara tengah rajiiinnn & ade mase free nie kan, baiklah saya post menu saya utk hari ini, The Real Tomyam! Mgkin pembaca semua tertanya2 knp saya beri nama mcm tue??? =D Klau korg nk tau kn, saya dh byk kali masak tomyam tp x pernah betul2 puas hati dgn rasa tomyam tue..org ckp Tak Mengancam! =P Saya selalu guna pes tomyam adabi tp bg saya laa kan, kureenggg sedaappp klau guna pes nie..then saya try buat sendiri pes tue guna udang kering,belacan,asam jawa sume..tp still x masukk dgn selera tekak saya..saya duk fikir2 ape yg x kena nie..ape yg kureeenngggg nie..

Tapi saya tetap x putus asa! Bak kata pepatah “Practices make perfect” right?? So hari nie saya nk masak lg tomyam. =D  Saya try search tenet kot2 terjumpa resepi yg betul2 sedaaappp & kena dgn anak tekak saya..search punye search saya jumpa laa resepi dr Rimbunan3887  nie..thanks a lot pd cik rimbun  coz sudi berkongsi resepi tomyamnya.. =D menunya simple jee cuma cara penyediaan bahan tue agak remeh..tp saya tambah cili padi sbb saya suka pedas & rasanya lebih “kaaawww”.mula2 ragu2 jg betul ke sedaaappp nie??? tp tgk dia confident ckp sedaaapppp saya pn beranilah nk cuba..kebetulan semua bahan ada kecuali lengkuas & daun saderi jee..tp saya tawakal jee..so, saya pun cubalaah masak tomyam resepi cik rimbunan nie..masak tue agak lama sbb itulah rahsia utk dptkan masakan yg sedaaappp! Masak nie kena byk sabaarrr..sebenarnya lg lama kita masak,lg sedaappp sesuatu masakan tue..bila dh selesai tue saya rasalah…fuuuhhhh, MEMANG SEDAAAPPPPP! HABIIISSS 1 PERIUK! Adik pn mkn bertambah2! nie laa first time sepanjang saya masak tomyam saya betul2 puas hati dgn rasanya! =D Itupun saya x letak lengkuas & daun saderi sbb x de..klau letak, mau lg terangkattt kot rasanya! weee~ So, apelagi, jom kita try resepi cim rimbun nie. senaaanggg jee! =)

Bahan2nya ialah :

 

1. Sedikit minyak utk menumis

2. 7 biji Bawang Putih (diketuk-ketuk)

3. 7 biji Bawang Merah ( tumbuk/blend)

4. 5 biji Lada Besar Merah* (blend dgn tomato)

5. 3 biji Tomato*

6. Air rebus ayam/daging

7. 5 batang Serai

8. 1 inci lengkuas (diketuk)

9.   11-15 helai Daun Limau Purut (diketuk2/ditumbuk)

10. Daging/ayam/udang/sotong

11. Daun Saderi

12. 3-5 biji limau kasturi (ambil jusnya)

13. 9-11 biji Cili Padi (diketuk)

14. Sayur ( carrot/kobis bunga/jagung)

15. Garam secukupnya

 

 

Jom Masak!

 

1. Masukkan minyak. Tumis Bawang Putih. Then masukkan bawang merah.Tumis hingga naik bau.

2. Masukkan lada & tomato yg telah di blend sekali td. Tumis sampai lada betul2 masak,

lebih kurang dlm 10-15 minit.. Lg lama lg sedaaappp. =)

3. Setelah lada masak, masukkan air rebusan ayam sedikit demi sedikit.

4. Masukkan serai, lengkuas & daun limau purut. Kacau. Masak dlm 5 minit.

5. Masukkan daging/ayam/sotong/udang. Kacau sebati. Masak sehingga mendidih.

6. Masukkan sayur, daun saderi, perahan air limau kasturi & cili padi. Kacau sebati.

7. Masukkan garam secukupnya. Kacau sebati. Masak sehingga sayur lembut terutamanya carrot.

9. Siap! Bolehlah dihidang & makan panas2! nyum-nyum! =D

Selamat Mencuba! ^^

nyum..nyum…makan dgn nasi panas2..sedappppnyeee… =D

Sabtu,170911

:: Kuey Teow Goreng Basah Laiyyinur Harir ::

KUEY TEOW GORENG BASAH LAIYYINUR HARIR :

 

Salam sejahtera buat pembaca yg budiman..aceehhh, cam nk bg pidato plak kan.. =p  ok laa, arini saya nk share resepi kuey teow goreng basah resepi saya sendiri..saya suka sgt mkn kuey teow nie..lg2 yg basah..

 

Adik saya pun klau dtg umah mesti suruh saya masak kuey teow..siap ckp nk bwk balik asrama..saya tnye knp nk bwk balik asrama??? dia ckp nk bg kwn2 bilik dia mkn..saya pn layankan aje permintaan dia tue..sbb saya mmg suka masak..tp sbnrnya masak nie pn kena ade mood kn..hee~ Ok laa,nie resepi kuey teow saya..sila laa cuba ye..:

 

BAHAN2:

 

1.  Sedikit minyak utk menumis.
2. 3 biji Bawang merah *
3. 1 biji bawang putih *
4. 7-9 biji Cili kering yg telah direbus *
5. 3 sudu udang geragau *
6. 1 cawan Air asam jawa
7. 2 cawan Air rebusan ayam
8. Isi ayam (kuantiti ikut suka)
9. Fish ball & fish cat (potong kecil2 & digoreng. kuantiti ikut suka)
10. Kerang yg telah direbus (kuantiti ikut suka)
11. Sos cili
12. Sos Tomato
13. Sos tiram
14. Kicap Pekat
15. Kicap cair
16. 1-2 biji telur
17. Daun kucai
18. Tauge
19. Garam secukup rasa
20. Kuey Teow

 

JOM MASAK! 

1. Mulakan dgn bismillah, selawat & doa. =) Blender bahan2 yg bertanda *. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan2 blender td sehingga cili benar2 masak. Kacau sekali-sekala spy cili x hangit.

2. Masukkan sos tiram, sos cili & sos tomato. Masak dlm 2-3 minit. Then masukkan air asam jawa. Kacau lg. Then, masukkan air    rebusan ayam.

3. Masukkan kerang rebus, ayam , fish ball & fish cat. Kacau sebati. Biarkan masak selama 3-4 minit.

4. Then masukkan Kicap pekat & kicap cair. Kacau sebati. Then masukkan telur. Kacau supaya telur hancur.
5. Masukkan daun kucai & tauge. Masukkan garam secukupnya. Kacau sebati. Bila semua rase dh cukup & telur dh masak, bolehlaa dimasukkan kuey teow.  Kacau sebati & warna kuey teow sekata. Kalau kering, tambahkan air lg k. Masak seketika.
6. Siap! Bolehlaa dihidang. =D

 

:: Kuey Teow Basah Laiyyinur Harir ::

Selamat mencuba ye kwn2.. ^^

 

Masak dari hati, masak dengan Iman! xoxoxo!

Khamis, 220911

Hello world!

Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, bertarikh 270912, jam 7.17 pm, dengan ini saya merasmikan blog ini.

Eceeceehhh…mcm PM laa plak nk wat perasmian. =p

Oleh kerana ramai bertanya tentang resepi-resepi masakan saya, oleh itu saya publishkan blog ini khas untuk pencinta masakan sebagai rujukan. Semua resepi di sini sebahagiannya adalah dari saya sendiri dan sebahagiannya saya rujuk dari orang lain. Terima kasiihhh daun keladi kpd insan2 yg bermurah hati berkongsi ilmu masakan dgn kami, budak2 yg baru nk belajar memasak nie. ArriiigaatOoo! ^^

Kepada blogger2 yg nk copy-paste apa saja dari blog ini sila maklumkn dahulu pada tuan rumah ye..saya tahu anda semua seorang yg bertanggungjawab kn? Saya tak kisah jika anda nk berkongsi sebarang maklumat @ apa saja dari blog ini dengan syarat maklumkan pada saya dulu. Terima kasih. =)

Saya malas nk membebel panjang..Last but not least, selamat datang ke rumah saya yg x seberapa nie. Hopefully sudi2lah dtg lg. Apa yg bermanfaat silalah ambil. Yg tidak baik itu dtg dari kelemahan saya sendiri & saya amat kesal sekali. Saya mohon maaf sekiranya ada mana2 perkataan dlm blog saya nie menyinggung sesape. Anda boleh beri komen/cadangan utk memeriahkan lg blog ini. Sekian, terima kasih.. ^^

Selamat Datang ke Blog saya! Sila datang lagi! ^^

gambar credit to : Hafizzy Aziz