Why I LOVE To Write…?

 

I’m juz realized sumthing…

that the reason why I love writing…

You know…..

That I had a short term memory…

Most of the time,

I can’t remember most of the things…

Especially memories in my childhood…

But there was one thing that keeps repeating coming in my sleep..

The dream that bring the same meanings…

I’m wondering why…

Why the dream keeps coming in my sleep??

If it doesn’t have any meanings,

Plezzz do not come again in my sleep…

I’m too tired…….

I’m really sorry…..

=(

 

 

Image

Image

Image

 

LOVE,

-KMS-

Advertisements

Sungguh Aku Rinduuu…

“Manisnya ukhuwah pabila bertemu dan berpisahnya kerna Allah…..”

 

Sungguh aku rinduuu untuk mencium, memeluk & menidurkan si ebab baby Ilman…

Melihatnya tidur terlentok dibahuku sambil menghisap jarinya yg bam-bam itu…..

Membuat hati ini benar-benar jatuh sayang padanya…

Rinduuu untuk bersembang panjang dengan sahabat karib dari kecik (Aisyah Suhaimi) sampai ke subuh, sambil melihatnya membuat chocolate moist…

Teringat aku dibawa Azzahra makan roti canai yang sedap di bawah jambatan, kemudian dibelanjanya aku makan kek strawberi cheese plak & dibawa melawat kubur atuknya…

Lewat tengahari makan pula bihun Hidayah Romazi sambil rancak berborak…

Terkenang pada sedapnya Nasi Lemak & Oreo Cheese Ball K.Chik…

Rinduuu pada keriuhan suasana saat kami (Gen-10 sahibah MATRI) berkumpul di rumah Nasyrah Bakri…

Sungguh aku teringat-ingat akan kelazatan spaghetti & laksa Perlis Nasyrah…

 

Pada semua itu, aku rinduuu pada tautan ukhuwah ini…..

Kini baru ku faham mengapa ummi ku acapkali bercerita kepadaku betapa seronoknya beliau menziarahi sahibah2nya setiap kali cuti hujung minggu semasa beliau belum walimah dahulu…

Kini aku fahami & merasai sendiri kemanisan ukhuwah itu…..

 

Terima kasih Allah kerna memberi ku kesempatan untuk merasainya…..

Terima kasih kerna memperkenankan hajatku untuk menziarahi mereka…

Terima kasih kerna memberiku kesempatan untuk menghayati jalinan kasih-sayang ini…..

Alhamdulillah… Alhamdulillah… Alhamdulillah…

 

 

PhotoGrid_1378114371416[1]

Baby Ilman soleh.. rinduuunyee mak ngah pada Ilman…

PhotoGrid_1378114494048[1]

Abang Fateh soleh yg suka bergambaqq.. fotogenik sungguh! uhuk~

PhotoGrid_1378113327754[1]

Bersama sahabat2 tersayang…

PhotoGrid_1378307332234[1]

PhotoGrid_1378307464356[1]

Jalan-jalan cari makan di Kuala Pegheliihh wif Zarifah & Fiza Hamdan! =D

PhotoGrid_1378307835993[1]

Sungguh aku rinduuu pada mereka! >.<

PhotoGrid_1378112981186[1]

Sahabat2 ku yg disayangi & dirindui dunia & akhirat…

In memory…

27 Ogos – 1 Sept 2013.

:: Ipoh – Alor Setar – Jitra – Kangar – Beseri – MATRI – Kuala Perlis – Padang Besar ::

 

Lots of LOVE,

-KMS-

I’m Back!

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah terlalu banyak nikmatNYA utk kita syukuri…
Terlalu lama rasanya blog ini tidak di jenguk…
Sungguh aku rindu…

Ya Allah…
Terima kasih krn masih memberiku kesempatan utk bernafas & berjalan di bumiMU…

Suatu ketika dulu aku pernah berhajat utk menziarahi sahabat2 ku…
Terutama sahabat2 yg sgt aku sayangi & rindui…
Namun hajat itu tertangguh…
Tapi sungguh DIA Maha Mendengar suara hati hambaNYA ini..
Lalu DIA mengizinkan hajat ku ini terlaksana…
Segala perancanganku dipermudahknNYA..
Dan perjalanan ini berjalan lancar…

Pada tarikh 27hb Ogos jam 9.30 pg aku bertolak ke Ipoh menaiki bas Utama Ekspres.
Setelah menempuh perjalanan selama 8 jam 15 minit, akhirnya aku selamat tiba di Terminal Bas Ipoh & dijemput oleh Farhah.
Aku dibawa ke rumahnya & dijamu dgn tomyam ayam yg sedap. Alhamdulillah.. 🙂

Pada malamnya aku dibawa ke rumah Aisyah Suhaimi krn aku dh lama berjanji nk menziarahi rumahnya.. Alhamdulillah akhirnya janjiku dpt ditunaikan. 🙂 Malamnya kami bersembang panjang sehingga ke subuh sambil melihat Syah membuat choc moist..

Esok malamnya aku menumpang kak Raihanah & Abg Isam (abg ipar aisyah) ke Alor Star.. Pada jam 12.15 am, 29/08/2013 baru kami tiba di tol Alor Star Selatan & Zahra menjemputku.

Keesokan paginya Zahra membawaku makan roti canai di bawah jambatan berhampiran hospital tempatnya bekerja.

Roti canai tu sgt sedaappp! Alhamdulillah… ^_^ Kemudian Zahra membawaku ke kedai kek pula.. dia belanja ku kek strawberi cheese & kek chocolate moist… waduh2, mmg bleh demukk klau lama2 duk dgn Zahra nie… >.<

Then dia bawa aku menziarahi kubur datuknya, Tengku Muhammad Jiwa…

Tengaharinya Hidayah Romazi datang membawa bihun goreng & kari ayam… kami makan sambil rancak berborak. Ohhoiii!

Hampir jam 5.00 ptg kami menghantar Zahra ke hospital. Zahra belanja kami makan mee udang yg sgt sedaaap! Alhamdulillah… 🙂

Kemudian aku mengajak Dayah bershopping di pasaraya Mydin… hee…

Malamnya Dayah balik ke rumahnya… Tinggallah aku seorang tidoq di rumah Zahra yg besaq ituu…

Keesokkan paginya aku terkejut bila tersedar yg hari telah pun cerah. Aku teringat yg aku perlu mengambil Zarifah di Terminal Shahab Perdana! Dengan mata sembab aku terus keluar rumah & dgn pantas kilatnya membawa kereta ke sana! Aduuhh, aku telah membuatkan Zarifah menungguku di terminal selama 2 jam! Uhuuu… Maaafff sahabatku…

Aku terus membawanya ke rumah Zahra utk membersihkan diri & bersiap utk meneruskan perjalanan ke Jitra pula, menziarahi K.chik. Di sana kami dijamu dengan nasi lemak & Oreo Cheese Ball yg sgt sedaappp! Alhamdulillah… Kenyang!

Selepas solat zohor, dlm pukul 3.15 pm kami bertolak ke MATRI tp sebelum tu kami singgah di rumah kak Shaakira, kakak k.chik utk mengambil makanan yg hendak dijual..

Hatiku tak sabarr2 utk menjejakkan semula kaki ini ke MATRI yg telah lama ku tinggalkan… Alhamdulillah kami selamat tiba di MATRI pada jam 4.15 pm..

Rasa hati sgt sayu & gembira melihat kembali sekolah, bertemu murabbi2, guru2 & sahibah2 yg sgt2 aku rindui…

Alhamdulillah Engkau beri jua aku kesempatan ini Ya Allah…

Aku menumpang tidur di rumah Nasyrah bersama geng2 Pahang, Aisyah & Zarifah. Seronoknya kami dapat berkumpul kembali! =D

Di sana aku dapat bertemu ramai sgt sahibah2 yg dh terlalu lama x berjumpa… jika program sambutan Jubli Perak MATRI ini tidak dibuat aku mungkin tidak berkesempatan bertemu dengan mereka semua…

Keesokan harinya batch ku mengadakan reunion sahibah GEN-10 MATRI 2013. Alhamdulillah agak ramai juga yg datang memeriahkan majlis yg dirancang last minute itu.. =D

Aku sangat bersyukur kerna DIA memperkenankan hajatku untuk bertemu mereka semua… Akhirnya terlerai jua rinduuu ini… 😉

Sebelum balik Fizah Hamdan sempat membawa ku & Zarifah ke Kuala Perlis melihat laut & makan seafood disana.. Keesokannya pula, Ahad 1 September 2013 Nasyrah pula bawa aku & Zarifah ke Padang Besar. Puas kami bershopping! Ohhoo..

Selepas balik dari Padang Besaq kami berkemas untuk pulang ke Kuantan setelah 3 hari kami berkampung di MATRI. Tepat jam 9.45 pm bas yg kami naiki; MARA LINER bergerak ke Kuatan dari Kangar.. Alhamdulillah kami selamat tiba di Terminal Kuantan pada jam 8 lebih pagi…

Ya Allah…

Maha Baiknya Engkau kerna mengizinkan aku merasai pengalaman yg sgttt2 berharga ini… =,)

TERIMA KASIH ALLAH…

 

Lots of LOVE,

-KMS-