>> Disangkakan Asap Jerebu, Rupanya Asap Rokok! <<

Pada suatu petang abah memberi ummiku 2 keping tiket bas Transbasi.

Ummi : Kenapa beli tiket Transbasi. Tak suka naik bas ni..”
Abah : Dah bas nie jee yang boleh beli online..”

Pada tarikh yang ditetapkan kami menunggu bas tersebut di terminal. Setengah jam kemudian baru bas itu muncul. Driver tersebut turun dah berkata dengan nada agak kasar;
Driver 1 : “Letak beg tue kat atas jee. Naik cepat.”

Dlm hati aku mengomel, ‘Siapa yang patut marah nie?? dah laa datang lambat! Aisshh.’

Dipertengahan perjalanan kami terhidu asap yg mencocok-cocok hidung kami..

Ummi : “Ni bau asap rokok. Ada orang merokok ke dalam bas nie??”

Dalam hati aku berkata, ‘Mustahil ada orang merokok. Takkan tak tahu yg undang-undang negara melarang sesiapun merokok dalam pengangkutan awam..’ Aku yang tidak tahan dengan bau asap tersebut segera menutup hidung. Ummi yang seolah-olah memikirkan hal yg sama sepertiku berkata;

Ummi : “Mungkin asap jerebu kuat sangat kott..”
Aku : Mungkin laa kot… ”

Selepas lebih setengah jam bas berhenti untuk rehat, kami semua menaiki semula bas tersebut untuk memulakan perjalanan seterusnya. Pemandu 1 yg panas baran itu membuat pemeriksaan untuk memastikan yg semua penumpang telah menaiki bas. Tiba di hadapan sepasang suami isteri yg berumur lewat 60-an, pemandu tersebut dengan nada yg lantang dan kasar memarahi mak cik tersebut;

Driver 1 : “Makcik, kenapa makan burger dalam bas nie?? Burger ni makanan berbau, mana boleh makan dalam bas. Habis busuk laa bas nie lekat dengan bau burger makcik nie. Tadi dah berhenti lama kan. Nape tak makan masa berhenti tadi?? Ni kalau ada yg mengandung, dah muntah-muntah, loya dengan bau nie tau!.”

Makcik itu hanya terpinga-pinga. Malu kerana dimarahi dihadapan semua penumpang. Suaminya hanya tertunduk diam. Aku yang duduk sebaris dengan seat mereka merasa sangat kasihan melihat mereka diperlakukan sebegitu. Tidak sepatutnya driver tersebut menegur dengan kasar atas kesalahan kecil yg makcik itu telah lakukan. Apa salahnya ditegur secara baik dan berhemah? Mana perginya budi bahasa dan adab sopannya dengan orang tua? Aisshh!

Selepas itu, bas pun bergerak meneruskan perjalanan. Beberapa minit kemudian, kami menghidu bau asap rokok yang sangat kuat! Asap tersebut kelihatan berkepul-kepul di bahagian pemandu. Aku melihat ke arah driver bas tersebut. Sah, driver ke-2 tersebut sedang merokok dengan selambanya sambil memandu! Pada saat itu juga hati ku rasa sangat panas! Dalam hati aku memarahi kedua-dua driver tersebut;

‘Makcik yg hanya melakukan kesalahan kecil itu diherdiknya tanpa belas ehsan dihadapan kami semua sedangkan kawannya yang terang-terangan merokok di hadapan kami yang sah-sah melanggar peraturan itu tidak ditegurnya! Ini kalau ada ibu mengandung, bukan setakat loya & muntah bau asap rokok nie, tapi boleh pengsan sebab sesak nafas!’

Aku hampir lemas tidak boleh bernafas dengan asap yg berkepul-kepul didalam bas tersebut. Dengan tingkap tertutup & aircond, kami tiada pilihan untuk tidak menghidu asap rokok tersebut!

Ummi : “Betullah petang tadi tue kita terbau asap rokok. Masa tue driver 2 nie duduk dibahagian belakang”

Aku mengangguk setuju. Dalam hati aku bertekad untuk melaporkan hal ini kepada pihak berkenaan. Adakah mereka ini tidak tahu langsung akan peraturan2 dlm negara ini?? Merokok di tempat awam adalah menyalahi undang-undang dan boleh dikenakan denda melebihi RM 50,000.00!

Kejadian dlm bas tersebut membuatkan diri bertambah serik untuk menaiki bas Transbasi ini! Sememangnya dari dulu lagi, bas Transbasi adalah pilihanku yg terakhir!

>> Mereka adalah Permata Islam <<

Bismillahirrahmanirrahim…

Hari pertama aku mengenali adik-adik Baitul Husna, aku ditayangkan dengan pertunjukan karekter sebenar mereka. Karekter yang selama ini disembunyikan disebalik topeng yang dipakai dihadapan volunteers lain. Namun aku langsung tidak terkejut. Aku memandang mereka dengan penuh rasa sayang. Yaa, mereka juga insan biasa, yang tidak lari dari melakukan kesilapan & kesalahan. Kadang-kala mereka memberontak kerana mahu menarik perhatian kita. Mereka sangat memerlukan belaian kasih-sayang & perhatian dari abang-abang & kakak-kakak mereka.

Bagi ku, mereka semua adalah adik-adik yang sedang melalui proses pembelajaran tentang kehidupan. Mereka ibarat junior dalam sebuah institusi kehidupan, yang masih ‘blur-blur katak’ dalam membiasakan diri dalam persekitaran realiti. Siapa lagi yang sudi memimpin tangan-tangan mereka untuk mengenalkan mereka kepada dunia realiti jika bukan kita???

Mungkin kebanyakan kawannya membenci dengan sikapnya yang keterlaluan. Namun aku tidak cepat menilai. Disaat aku berpeluang menghampirinya, aku merenung ke matanya dan cuba menyelami hatinya. Aku melihat masih ada cahaya kebaikan dalam hatinya. Aku yakin yang adik ini akan menjadi insan yang hebat suatu hari nanti. Hati itu perlu disentuh dengan penuh kasih-sayang & perhatian seorang kakak untuknya turut menyebarkan kasih-sayang itu buat insan sekelilingnya. Agar hati yang dipenuhi rasa dendam & benci itu sedikit demi sedikit digantikan dengan rasa sayang, kasih dan prihatin kepada insan-insan disekelilingnya.

InshaAllah aku berjanji pada diri untuk selalu melawati mereka dan menyelami hati-hati yang masih suci itu. Moga Allah sentiasa memelihara mereka dari segala keburukan dan kecelakaan. Ku doakan mereka sentiasa dalam pelukan rahmat kasih-sayangNYA, sentiasa dalam perlindunganNYA, menjadi anak-anak yang solehah, menjadi penyumbang kepada ummah, negara & agama tercinta. Mereka semua adalah bakal ahli syurga InshaaAllah! Amiinnn Ya Rabbal A’lamiinn…

Lihatlah dengan mata hati, sentuhlah dengan penuh kasih dan belailah mereka dengan penuh rasa sayang didada agar mereka merasai masih ada yang menyayangi dan mengasihi disaat jiwa-jiwa itu semakin kosong…

 

 

 

20130621_194941

20130621_195810

20130621_211959

20130621_212654

 

 

 

Salam sayang dari kakakmu,

-KMS-

》Aku Tidak Kuat TanpaMu《

Ya Allah…..
Aku pasti Engkau sedang merancang sesuatu yg terbaik untukku…..
Aku cuma ingin meminta satu perkara padaMU, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang…..
Disepanjang perjalanan ku menuju redhaMU
Aku merayu agar Engkau tidak melepaskn tanganku…..

Sungguh aku tidak mampu utk meneruskn perjalanan yg penuh onak duri ini tanpa pimpinanMU…
Benar aku tidak kuat tanpa meminjam sedikit dari kekuatanMU…..
Jujur aku hampir hilang kewarasan jika Engkau tidak menenangkanku dgn belaian kasih sayangMU…..

Allahu Rabbi……

Pimpini aku utk menuju syurgaMU…..

T_T

Insan kerdil,
-KMS-

》Aku Tidak Kuat TanpaMu《

Ya Allah…..
Aku pasti Engkau sedang merancang sesuatu yg terbaik untukku…..
Aku cuma ingin meminta satu perkara padaMU, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang…..
Disepanjang perjalanan ku menuju redhaMU
Aku merayu agar Engkau tidak melepaskn tanganku…..

Sungguh aku tidak mampu utk meneruskn perjalanan yg penuh onak duri ini tanpa pimpinanMU…
Benar aku tidak kuat tanpa meminjam sedikit dari kekuatanMU…..
Jujur aku hampir hilang kewarasan jika Engkau tidak menenangkanku dgn belaian kasih sayangMU…..

Allahu Rabbi……

Pimpini aku utk menuju syurgaMU…..

T_T

Insan kerdil,
-KMS-

Hati Yg Luka…

Ya Allah…
Sungguh, dada ini sakit saat mendengar perkhabaran itu…
Mungkin Engkau mahu menunjukkn sesuatu padaku…
Yg sebenarnya dia bukan untukku…

Aku tidak mengetahui perancanganMU…
Namun aku pasti Engkau telah menyusun sesuatu yg lebih baik untukku…
Beriku yg terbaik dari sisiMU Ya Allah…….
Untuk ku gapai redhaMU……

Allahu Rabbi… T_T

Hati yg menangis,
-KMS-