>> Dialah Perisaiku <<

Bismillahirrahmanirrahim…

 

Mempunyai keluarga yang besar merupakan satu rahmat & nikmat yang sangat bermakna buatku. Memiliki satu-satunya ummi yang telah banyak berkorban untuk kami sekeluarga dan abah yang sangat melindungi anak-anak perempuannya membuatkan hati benar-benar bersyukur dengan kurniaan terbesar dari Tuhan ini.

Abahku adalah bekas seorang guru. Karekternya yang garang dan tegas membuatkan dia dilantik sebagai guru disiplin sekolah. Ramai anak murid yang pernah merasai pukulan rotan abah akan mengingatinya sampai bila-bila. Namun, kebanyakan mereka akan mengucap terima kasih kepada abah kerana merotan mereka. Ya, kerana kesakitan dari rotan itu juga telah menjadikan mereka insan-insan yang berjaya pada masa kini! Mereka bertanya kepada abah apa rahsia penangan rotan abah itu. Abah lalu menceritakan yang dia akan membaca doa melembutkan hati dan doa supaya anak-anak murid yang terpaksa dirotannya itu mendapat pengajaran yang sebaiknya untuk berubah. Alhamdulillah, itulah kuasa doa abah!

Abah, walaupun seorang yang tegas dan garang, namun jauh disudut hatinya dia sangat menyayangi anak-anaknya. Walaupun abah tidak pandai menunjukkan kasih-sayangnya itu, namun kami dapat merasainya melalui perbuatan abah. Abah seorang yang sangat melindungi. Abah tidak benarkan kami anak-anak perempuannya mengambil lesen motosikal kerana abah sangat risau akan keselamatan kami. Kata abah, perempuan yang menunggang motosikal boleh terdedah kepada kecederaan yang teruk jika terjadi kemalangan dan kemungkinan diragut semasa dalam perjalanan. Hanya anak-anak lelaki sahaja yang dibenarkan mengambil lesen motosikal.

Sikap abah banyak berubah selepas aku ditimpa ujian yang berat. Aku melihat abah turut merasai kesakitan yang aku alami dan dia benar-benar mahu melindungiku dari disakiti sekali lagi. Abah sanggup buat apa saja asalkan dapat melihat aku bahagia kembali. Abah mula menghargai ummi dan menunjukkan kasih-sayangnya itu dengan menghantar ummi menunaikan umrah. Pernah pada hari lahir ummi, 23.02 yang lalu, aku menghantar pesanan ringkas (SMS) pada abah mengingatkan yang hari itu adalah hari lahir ummi. Pada ketika itu abah berada di Kuala Lumpur.

Keesokan harinya abah memberi kejutan buat ummi iaitu memberikan ummi hadiah sehelai jubah yang sangat cantik! Apa yang membuatkan aku rasa cukup terharu adalah abah turut membelikan aku sehelai jubah yang juga sangat cantik!

Hadiah dari abah. Saya suka sgt pakai jubah nie! Thanks abah! Syg abah!

Hadiah dari abah. Saya suka sgt pakai jubah nie! ^_^ Thanks abah! Syg abah!

 

Sejak ujian yang menimpa kami sekeluarga, abah sedikit sebanyak telah berubah. Abah kini telah pandai bergurau-senda dengan kami. 🙂 Kemesraan antara seorang bapa dengan anak-anak itu semakin menyerlah. Ada satu benda yang abah buat yang aku benar-benar terkejut. Pada hari itu aku melihat abah mengemas biliknya! Abah yang selama ini tidak pernah langsung membuat kerja-kerja rumah tiba-tiba pada hari itu mengemas biliknya! Aku seolah-olah tidak percaya dengan apa yang aku lihat! Tetapi itu juga telah membuatkan hatiku benar-benar bersyukur dengan perubahan positif abah itu.

Setelah aku mula bekerja kembali, abah lah yang menjadi tukang masak kami dirumah. Jika abah tak sempat masak hari itu dia akan minta maaf pada kami. Aku tidak kisah pun jika tak makan nasi satu hari. Tapi apa yang membuatkan aku terharu adalah abah yang tidak akan masuk ke dapur itu jika ummi atau anak-anak perempuannya ini ada dirumah akhirnya menjadi tukang masak kami. Aku tidak dapat menggambarkan perasaanku saat itu. Betapa aku sangat bersyukur dengan perubahan positif abahku. Aku mula menyedari bahawa mungkin inilah salah satu hikmah yang berlaku atas ujian dan dugaan yang aku lalui itu.

Terlalu banyak perubahan yang terjadi pada abahku untuk aku ceritakan semuanya. Hatiku tidak berhenti berdetik melafazkan kalimah itu, alhamdulillah atas segala nikmat & kurniaanNYA yang tidak putus-putus buatku sekeluarga. Biarpun kami hidup serba kekurangan, namun kasih-sayang antara kami semakin erat.

Terima kasih buat abah tercinta kerana selalu hadir & bersama angah disaat angah hilang kekuatan itu… Terima kasih kerana berubah untuk kami sekeluarga… Terima kasih kerana masakkan untuk kami… Terima kasih kerana sanggup berkorban apa sahaja untuk angah semata-mata untuk melihat angah bahagia kembali… Terima kasih kerana sentiasa menjadi perisai buat angah dari terus-terusan dianiayai dan disakiti… Terima kasih untuk segala-galanya… Angah sayaaang sangat abah!  =,)

Fathers Day Poem

Doaku buat abah tercinta…

“Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau telah menyaksikan betapa besarnya pengorbanan abahku dalam membesarkan aku sehingga hari ini. Abah yang selalu melindungi dan menjaga anak-anak perempuannya. Engkau melihat kasih-sayang yang diberikan oleh abah kepada kami semua. Aku merayu padaMU Ya Allah, haramkan wajah abah dan ummiku dari disentuh api nerakaMU, rahmati, kasihi dan sayangi mereka sebagaimana mereka menyayangi kami, permudahkan urusan dunia & akhirat mereka, murahkan rezeki mereka, panjangkan umur mereka dalam ketaatan kepadaMU, sihatkan tubuh badan mereka dan tempatkan mereka dikalangan hamba-hambaMU yang soleh… Amiiinn Ya Rabb… “

DSC_1612

Moga Allah SWT sentiasa melindungi dan merahmati abahku..Amiinn Ya Rabb..

Luahan kasih dari anakmu,

-ANGAH-

>> Dia Adalah Nyawaku <<

 

Wanita itu…

Hanya memikirkan tentang dirinya

Cukup membuatkan perasaan ini menjadi sebak…

Dan mata mula berkaca…..

 

Pengorbanannya yang terlalu besar itu

Tidak mampu untuk ku gambarkan dengan kata-kata…

Hanya hati terlalu mengkagumi…..

Segala jasa dan baktinya kepada kami sekeluarga…

 

Ummi,

Itulah ratu hati kami…

Kekuatan dirinya menempuh ranjau dan duri

Mengharungi segala ujian dan dugaan

Menanggung segala kesakitan, jerih perih kehidupan

Membuat hati benar-benar sebak…

 

Ujian terhebatnya bermula apabila doktor mengesahkan yang sebelah ovarinya terpaksa dibuang

Kekuatan apakah yang ada pada dirinya saat mendengar khabar berita itu?

 

Namun Allah itu Maha Hebat,

DIA membuktikan kasih-sayangNYA pada ummi melebihi segalanya,

Walaupun hanya dengan sebelah ovari yang tinggal itu,

Ummi mampu melahirkan kami 10 beradik!

 

Subhanallah, Allahu Akhbar!

 

Tidak cukup dengan ujian itu,

Pada umur abangku 5 tahun dan aku 3 tahun,

Sekali lagi ummi diuji

Dengan ujian yang cukup mencemaskan

Dimana perut abangku digilis dengan tayar kereta ummi

Lalu doktor mengkhabarkan harapan untuk abangku hidup hanya tinggal 50-50!

 

Ummi,

Seorang wanita yang kuat imannya,

Meletakkan seratus peratus harapannya hanya padaNYA,

Doa tidak berhenti dipanjatkan, usaha dilipat gandakan

Segalanya dilakukan untuk melihat abangku sedar kembali

Sekali lagi DIA menunjukkan kasih-sayangNYA melebihi segalanya

Melihat ummi yang tidak kenal erti putus asa,

Akhirnya DIA menyembuhkan abangku

Allahu Rabbi…

 

Masih segar diingatan kenangan itu…

Pada ketika aku masih belum bersekolah

Ummi membawa kami 5 beradik

Mengetuk pintu setiap rumah

Untuk menjual kain batik dan kain pasang

Bagi mencukupkan keperluan kami sekeluarga

Memandangkan abah ku menyambung pengajiannya ke peringkat Ijazah

Lalu ummi dengan kasihnya seorang isteri membantu abah mencari rezeki tambahan

Bagi menyuap kami 5 beradik…

 

Disaat aku ditimpa ujian yang maha hebat,

Sehingga aku merasakan duniaku telah gelap gelita

Dan tiada lagi kekuatan untuk ku meneruskan kehidupan ini

Ummi jualah yang berdiri disisiku,

Tidak pernah lelah memberiku kekuatan dan semangat

Untuk aku bangkit kembali melihat dunia

Dengan berkat doa ummi yang tidak pernah putus buatku,

Akhirnya aku mendapat kembali kekuatan itu…

Maha Penyayangnya DIA…

 

Ummi,

Insan yang sering diuji dengan ujian yang maha hebat

Namun kekuatan apakah yang ada padanya dalam mengharungi

Segala ujian dan dugaan yang tidak putus mendatangi itu?

 

Aku melihat ummi benar-benar disayangi  Tuhan,

Kerana itu dia sering dilindungi dan dipeliharaNYA…

Doanya tidak pernah diabaikan Tuhan

Malah permintaan ummi sering dikabulkanNYA…

 

Ya, kerana ummi ada Allah yang satu,

Tempatnya untuk mengadu dan bergantung harap

Imannya cukup kuat untuk menghadapi lautan ujianNYA…

Ummi adalah wanita yang sangat tinggi keyakinan dan keberantungannya pada Ilahi

Segalanya diserahkan hanya padanNYA

Tidak mungkin kami dapat mencari insan sehebat itu,

Seorang wanita solehah yang bakal menjadi tetamu syurgaNYA InsyaAllah…

 

Ummi,

Ampunkan segala dosa anakmu ini…..

Ketahuilah bahawa angah terlalu menyayangimu,

Segala pengorbanan dan jerih perihmu membesarkanku

Tidak mungkin aku dapat membalasinya…

Hanya doa mampu ku titipkan dalam setiap solatku

Agar dirimu diampunkan segala dosa

Dan ditempatkanNYA di syurga Firdaus bersama para syuhada’ dan solihin

Sungguh Allah telah memuliakan dirimu,

Ummi yang ku cintai sepenuh hati!

 

 

Dia adalah jantung hatiku...

Dia adalah jantung hatiku…

 

Angah sangat merindui ummi saat ini… =,(

 

 

Bicara hati anakmu,

-Angah-

.MY QUEEN.

Assalamualaikum WBT…

So sorryyy for the very late update…

I juz take some time to update my beloved blog especially for my ummi~

 

YES, yesterday (23.02.2013) was my ummi’s BESTDAYY and Alhamdulillah she’s happy the whole day! =D

That feeling I truly can’t describe it…it warmed my heart…

Then I had promised to myself that I will make her, MY QUEEN even MORE & MORE HAPPIER, InsyaAllah!

 

Ummi, I LOVE U SOOOOO MUCH YET JUZ BY THINKING OF U MAKE MY EYES FULL OF TEARS!

Thanks ALLAH for giving me THE BESSSTTTT UMMI IN THE WORLD!

 

=,)

 

I’m really appreaciate my followers! May Allah blessed us!

Till then, wassalamu…

 

.SMILE.

=)

= He is Now 21! =

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Penyayang…

 

Terlalu pantas masa berlari. Terasa adik-adik angah cepat sangat membesar malah kini lebih matang dari kakaknya ini. =p Ari nie adalah hari Rabu, 17 Oktober 2012 bersamaan dengan 1 Zulhijjah 1433H. Apa yg specialnya tarikh nie?? Ntah. Tapi yang saya tahu, my ‘big brother’ kluaq dari perut ummi ku pada tarikh tersebut 21 tahun yg lalu. Dan kini dia dah 21! Hohoho~ Dah besaq rupenye dia! =p So, dikesempatan nie angah nak sampaikan ucapan buat insan bernama Ibrahiim MS a.k.a Ayim (baca dgn berlagu tau) =D  :

Awan berarak ceria,

Tiada titisan hujan,

Pohon melambai tanda sokongan,

Ku susuri perjalanan bertemankan senyuman,

Di hari lahirmu, adik ku ; 

SELAMAT HARI LAHIIIRRR!!! SWEET 21!

Iringan doa ku hulur..

Bersyukur kepadaNYA atas nikmat usia…

 

Sebenarnya angah fikir banyak kali jugak utk taip nie tapi angah kumpul juga kekuatan utk meluahkan apa yang angah rasa selama nie. *blushing* Ceh! =p Sifat semulajadi bangsa melayu sebenarnya memiliki hati yang lembut & penyayang cuma 1 je silapnya, mereka tidak pandai untuk menunjukkan/membuktikan/menyatakan kasih & sayangnya itu kepada insan-insan yg disayangi. Setuju tak? 🙂

So. disini angah nak ambil kesempatan sebelum kesempitan terlambat (kerna kita semua tak tahu selama mana lagi kita masih di beri kesemptan untuk menyedut O2 & berpijak di bumi Allah nie) untuk meng’express’ my feeling for you (ceh, macam kekasih plak!) Cop3! As a sister laaaa… =p

Ish..ish..ish…Ok2, stop merapu meraban k and back to the point. You know what? I’m thinking of you and this is the result :

11 PERKATAAN TERBAIK TENTANG KAMU!

  1. Pendiam
  2. Bertanggungjawab
  3. Smart!
  4. Trendy
  5. Maskulin??
  6. Prihatin
  7. Menakutkan! (haha..nie jarang2 berlaku.Ada certain2 time jee.. Jgn mare! =D )
  8. Caring
  9. Rajiiinnn (yg nie ikut mood. Klau dtg moodnye tue, terlebih rajin laa plak! heee~ )
  10. Protective (especially kpd adik-beradik perempuannya!)
  11. Kering! (heee…kurus sgt laa awak nie..kalah org perempuan! =p )

 

Angah kenal awak sejak awak dlm perut ummi. =p So, rasanye betul dah penilaian angah tue. Heee~

Awak tau tak apa perkara pertama yang awak buat yang betul-betul membuatkan kakak awak nie tersentuh dengan sikap awak? Mesti awak dah lupa kan? Haa, nie laa ‘perkara tue’ :

.

.

.

.

.

.

.

Image

Surat dari seorang adik kepada kakaknya. Surat ini kini telah berumur 8 tahun! Setiap kali membacanya mata ini akan berkaca.. Thanks 4 owez comforting and supporting me.. =,)

 

Image

Kata semangat dari seorang adik kepada kakaknya. ^^ Best of Luck for you too! May you be blessed!

 

Panjang betul celoteh dalam surat nie. Fuh! Penuh 2 muka surat! Heee~ Surat tue angah masih simpan hingga kini. Umur surat itu sebaya dengan Ali. Nasihat-nasihat yang awak coretkan dalam surat tersebut umpama nasihat seorang abang kepada adiknya. Dari situlah angah mula merasakan yang awak nie seolah-olah abang angah & angah nie adik awak =p  Anyway, I’m really appreaciate it!

More than that, you always comforting me with your magic words so that I won’t be sad anymore… Here were those words that always make me smile every time I read them.  🙂

“Salam. Angah, awak ok ke? Klu ad pape msj la.. Whatever it is, we r one big fmly k. 🙂 “

“Org mukmin itu sentiasa tenang & redha ats stiap ujian yg dtg. Tiada yg dpt melawan kuasa Allah dlm menentukan takdir yg mendatang. Itulah kepercayaan org mukmin. Lantas mrk tdk gentar dlm menghadapi musuh Allah yg menjadi onar dlm kehidupan. Apapun yg dilakukan musuh, takkan dpt mengubah ketentuan yg Esa. Yakinlah pdNya, nescaya hatimu sentiasa tenang.”

“Salam. Wahai kakakku yg cantik..slalunya kmu klihatan cntik spjg masa ttp hri ni kmu lgsg xcntik krn muka sudah jd masam mcm trtelan cuka+telor temelang. Jd, cpt2 lah ubah ekspresi muka tu supaya klihatan berseri kembali.hahaha”

🙂 Heee~ Indeed, your words always make me smile!   Yes, I’m really lucky for having you as my brother and I’m thankful to Allah for giving you and other siblings to me. Walaupun masa kecik-kecik kita selalu bergaduh tapi itulah yang membuatkan kita saling menghargai dan menguatkan each other apabila kita semakin meningkat dewasa. Lumrah kehidupan, sedangkan lidah lagi tergigit kan.. Inikan pula adik-beradik.. Namun itulah yang mewarnai kehidupan kita. Sememangnya, adik-beradik tidak pandai untuk berpura-pura dihadapan kita. Apa yang mereka tegur dan nasihat itu sememangnya lahir dari hati yang ikhlas. Allah cipta manusia tidak sempurna kerana mahu manusia itu sendiri saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain. Subhanallah.. 🙂

Selepas 8 tahun, baru hari nie angah terfikir untuk balas surat awak tue. Sebelum tue angah nak beri awak pantun 2 kerat dulu. Hee~

Pinjam beca baba nyonya,

Sudah baca, ini balasnya:

 

 

Bismillahirrahmanirrahim…

Assalamualaikum WBT…

Buat tatapan adik yang disayangi,

Mempunyai adik sepertimu merupakan satu rahmat buatku. Semestinya kakakmu ini amat mensyukuri anugerah dari Yang Maha Esa ini. Doaku buatmu; semoga Allah sentiasa merahmati hidupmu, menjadi hamba yang bertaQwa dan diredhaiNYA, dipermudahkan segala urusan, jadi anak yang soleh & musleh, berjaya dengan cemerlang di dunia & akhirat, sentiasa mengajak manusia kepada kebaikan & menyentuh hati-hati insan disekelilingmu dengan kebaikanmu. Jutaan terima kasih kerana tidak jemu untuk menyokong & memberi semangat kepada kakakmu ini walaupun hanya dengan kata-kata kerna kebaikan itu tidak dinilai dari segi besar atau kecilnya ia, namun ianya di nilai dengan keikhlasannya melakukan kebaikan tersebut. Maafkan kakakmu yang serba kekurangan ini. Ambillah apa yang baik dari ku dan jadikan ia sebagai pedoman. Sebaliknya, buanglah jauh ke tengah lautan apa yang buruk & tidak elok dari ku dan jadikan ia sebagai sempadan. Semoga hidupmu sentiasa dalam redhaNYA. Doakan untuk kakakmu ini. Ketahuilah bahawa kakakmu ini amat menyayangimu kerana Allah dan menghargai setiap kebaikanmu. Hanya Allah yang dapat membalasnya. Moga Allah mengganjarimu dengan syurgaNYA, insyaAllah. Wassalam.

Lots of Love,

~Angah~

~BirthdAy Boy~

Image

He is my ‘big brother’! Heee~

 

Last but not least, semoga sentiasa cemerlang dalam apa jua yang dilakukan. The most important thing is ‘Do it because of Allah’.

May you be blessed! InsyaAllah. Take care. I Love You my dear brother!

=D