= Pavlova : My 1st Experienced in Baking =

Assalamulaikum WBT…

Sempena birthday my brother ari nie, x tau kenapa tetiba diri nie gataiii tgn nk baking plak.. 😉 Padahal diri nie sgt laa jahil bab baking2 nie..selalu dok makan kek orang jee.. x penah pun terpikiaQ nak buat kek sendiri..Punya laa x tahu langsung pasaii baking2 nie, boleh plak saya gie tanya soalan2 ‘cerdik’ kt sifu..dia mesti gelakkan saya. buat malu jee! =.=  Bukan apa, honestly saya cuak sangat nak buat kek nie. Takut tak jadi! Allah saja yang tahu tahap kecuakkan saya tue.  Tapi dek kerana kesungguhan yang tinggi untuk menguji potensi saya dalam baking nie, saya pun teruskan juga. Orang cakap, kalau tak belajar, sampai bila pun tak pandai kan?

At first sebenarnya plan nk buat Cheese Blueberry Cake tp kt sini mmg x kn dpt laa buah blueberry tue..yg ade nye pn blueberry jam jee… -.-‘ Tapi saya tetap x putus asa. Saya cuba cari resepi kek yang mampu dicari bahan-bahannya. Then saya jumpa laa resepi Pavlova nie. Memang bahan-bahannye simple jee cuma kena teliti jee masa buat adunan tue. Namanya pun indah. Pavlova. ^^

Dengan lafaz Bismillah, selawat dan doa, saya pun mulakan projek saya. Alhamdulillah Allah permudahkan saya untuk mendapatkan semua bahan kek tersebut. Then saya terus balik umah cepat-cepat sebab excited sangat nak tengok hasilnye. Kihkihkih. Tapi kan, kalaulah ada sifu yang pantau saya buat kek nie mesti dia dah tertido tengok saya. Mana tak nya, berjam-jam saya duk siapkan projek nie..Saya rasa saya nie ibarat kura-kura dalam sebuah perlumbaan. Siput sedut pun boleh lintas saya. Saya sendiri pun rasa penat nak menyiapkannya. Hampir saja saya berputus asa. Huhu~ Tapi kan, bila tengok hasilnya, hilang semua penat lelah tue! Alhamdulillah, walaupun tak secantik kek orang yang dah expert, namun bila dengar komen dari juri-juri tak bertauliah, saya rasa berbaloi usaha saya! Kalau saya tak halang dorang, rasanya dah lama licin kek tue di kebasnya. Tak merasalah orang kat belakang. =D

Ok lah, saya pun dah penat. Kita layan je laa gambar kat bawah nie ekk.

Pavlova Strawberry. Hiasan jee strawberry, dlm plain jee~ 🙂

 

 

Sebagai hiasan saya guna buah strawberi & anggur. Nak letak kiwi sekali pun boleh. Saya tak letak sebab kiwi mahal sangat. 🙂

 

 

Rasanya hampir sama dengan marshmallow tapi mestilah Pavlova lagi sedaappp! 😉

 

Lastly saya nak ucapkan jutaan terima kasih pada sifu saya, Kak Irma kerana sabar menjawab soalan-soalan cepu emas saya & memberi tunjuk ajar serta nasihat. =)  Ok, selamat mencuba!