= Bakal Ahli Syurga =

Bismillahirrahmanirrahim…

Segala puji dan puja dipanjatkan kehadrat Allah SWT atas limpahan rahmat dan kasih-sayangNYA jua, saya dipertemukan dengan adik-adik Permata Insyirah ini. Pada entri sebelum ini, Janji Yang Dilafazkan,  saya ada menceritakan dari awal bagaimana saya boleh terlibat dengan kerja amal ini.

Kali pertama melihat wajah mereka, hati telah pun jatuh cinta… pada mata yang bersinar penuh harapan itu… seolah-olah menggambarkan 1001 harapan mereka… Dulu aku pernah nak sangat mengajar, namun tiada rezeki untuk aku menjadi cikgu. Sehinggalah aku ditemukan dengan TFTN ini baru aku teringat balik keinginanku untuk mengajar itu. Indirectly Allah telah memberiku peluang untuk mengajar. Ya, mengajar adik-adik solehah dari Permata Insyirah. Subhanallah, Maha Baiknya Allah memperkenankan hajat saya. HE is sooo sweettt!

Kali pertama kami ke rumah Permata Insyirah saya ditugaskan untuk menolong adik Intan menulis kerana dia tidak begitu lancar lagi membaca. Namun saya melihat kesungguhan adik-adik ini dalam menyiapkan tugasan mereka. Saya sangat mengkagumi mereka!

Dan hatiku semakin dekat dengan mereka apabila kami diizinkanNYA untuk berjalan ke Melaka. Perjalanan 2 hari itu membuatkan aku semakin mengenali mereka dan ikatan kasih-sayang antara kakak dan adik-adik ini menjadi semakin erat!

Sepanjang program lawatan ini, kami telah membahagikan adik-adik tersebut kepada 3 kumpulan dan setiap kumpulan diletakkan beberapa orang fasi. Setiap fasi tersebut diberi tanggungjawab menjaga 2-3 orang adik bagi memastikan keselamatan mereka. Saya ditugaskan menjaga kumpulan 2 bersama Iza dan Afifah. Dan aku perlu menngawasi dan memimpin adik Intan dan adik Ismail disepanjang perjalanan itu.

Adik Intan adalah seorang yang sangat manja, sangat gemar bertanyakan soalan-soalan yang sama beribu kali dan suka mencuri perhatianku. 🙂 Bila saja aku terlepas tangannya, dia akan cepat-cepat mengaut tanganku dan memandangku dengan wajah yang penuh simpati. Owh, aku tidak boleh lupa wajah itu! Wajah yang suci itu, sangat comel! ^_^

Adik Intan

Adik Intan.. 🙂

Adik Ismail pula aku baru mula mengenalinya di Melaka ini.. dia adalah anak salah seorang AJK yang mengiringi kami di Melaka. Budaknya baik dan mendengar kata. Bila kami berjalan disekitar Bandar Hilir Melaka aku akan memimpin tangannya dan adik Intan. Adik Ismail selalu memandangku dengan wajahnya yang penuh dengan tanda tanya itu. 🙂 Aku sangat senang menjaga mereka sepanjang program kami di sana kerana mereka berdua adalah adik-adik yang tidak banyak kerenah. 😉

Adik Ismail.. :)

Adik Ismail.. 🙂

 

Semasa di Muzium Senibina, sedang aku ralit menangkap gambar adik Anis datang ke arahku. Aku melihat wajahnya yang ingin menyatakan sesuatu itu.

“Kak Ija, tangkaplah gambar saya…”

“Ok adik anis comeii..berdiri kat situ & senyum paling manis k? Senyum..” 🙂

Adik Anis sangat comelll… budaknya baik dan menurut kata.. Dia mempunyai seorang kakak iaitu Amira, yang turut menginap di Permata Insyirah. Selepas kami selesai menaiki menara Taming Sari, adik Anis mengalami pendarahan hidung. Alhamdulillah kami ada seorang bekas jururawat yang dapat memberhentikan pendarahan tersebut. Tapi uniknya jururawat kami adalah seorang lelaki iaitu Mohd Abdullah Naim. Kebetulan adik Anis adalah adik yang diletakkan dibawah jagaannya. Jadi kami tidaklah terlalu risau. Terima kasih abang Naim kerana menjadi doktor kami di sana..  =)

 

Adik Anis.. :)

Maniskan senyuman adik Anis? 🙂

Setelah kami penat berjalan seharian di Bandar Hilir Melaka dan melalui perbagai ujian sepanjang hari itu, aku dikhabarkan yang kakak kepada Anis tadi demam. Aku merasa amat risau. Alhamdulillah abang-abang fasi yang baik hati, Azman dan Naim terus pergi ke kedai berdekatan membeli ubat demam untuknya. Mereka menyuruh aku memberi adik Amira makan ubat tersebut setelah makan malam. Aku membawa adik Amira duduk disebelahku dan memastikannya menjamah sedikit nasi supaya dia boleh makan ubat. Alhamdulillah dia sangat baik dan menurut kata. Dia sangat mudah menelan ubat walaupun pada mulanya dia teragak-agak namun setelah aku memujuk, akhirnya dia membuka mulutnya untuk ku suap ubat tersebut. Setelah makan ubat adik Amira hanya mampu melempek di atas meja. Mukanya sangat pucat. Aku segera menyapu minyak cap kapak di kepala dan memicitnya untuk meredakan sakitnya itu. Sebelum adik Amira tidur aku meletakkan ‘cool fever’ di kepalanya untuk meredakan kepanasan suhu badannya.

Muka adik Amira yang pucat lesi kerana demam..kesian adik Amira...

Muka adik Amira yang pucat lesi kerana demam..kesian adik Amira…

 

Keesokan harinya alhamdulillah aku telah melihat adik Amira mampu tersenyum. Hatiku sedikit lega. Dia datang kepadaku dan duduk disebelahku untuk makan pagi. Aku meletakkan tanganku di kepalanya untuk memastikan yang suhu badannya telah turun. Dia senyum padaku dan menyatakan yang dia dah semakin sihat. Aku membalas senyuman manis itu dan hatiku tidak berhenti mengucap syukur.

Selepas kami makan, kami berbual seketika. Aku bertanyakan padanya,

“Adik Amira & adik Anis tinggal dengan siapa di rumah?”

“Dengan mak tapi mak sekarang di hospital jaga adik sakit…”

“Ayah ada?” tanyaku kembali.

“Ada tapi ayah kerja..”

“Ayah kerja apa?”

“Kerja sekuriti…jaga keselamatan bangunan..”

“Ooo..” Hatiku sebak mendengar jawapannya itu. Tahulah aku kini bahawa adik Amira dan adik Anis bukan anak yatim piatu tapi tergolong dalam golongan fakir miskin. Aku sempat menasihatinya,

“Amira belajar rajin-rajin ye? Nanti boleh tolong mak dan ayah kan?”

Adik Amira mengangguk-angguk kepalanya seolah berjanji padaku. Aku tahu adik Amira dan adik Anis adalah adik-adik yang bijak. Afifah menyatakan padaku yang adik  Amira mendapat keputusan yang baik dalam peperiksaan baru-baru ini. Aku turut merasa bangga mendengar perkhabaran itu.

Semasa kami singgah di KFC, Amira mencariku sehingga ke tandas. Aku ingatkan ada perkara penting dia ingin sampaikan padaku. Rupanya dia hanya mahu mengajakku duduk satu meja dengannya. Bersungguh dia mahu aku duduk bersamanya. Aku tersenyum geli hati dengan permintaannya itu. Aku terus menyatakan persetujuanku. Adik-adik ini sentiasa membuat kami tersenyum bahagia. 🙂

 

Senyuman adik Amira selepas baik dari demam. Alhamdulillah.. :)

Senyuman adik Amira selepas baik dari demam. Alhamdulillah.. 🙂

Mengenali mereka membuatkan hatiku bahagia. Baru aku tahu perasaan insan-insan yang telah lama membuat kerja-kerja amal ini. Bagiku, jiwaku lebih dekat dengan adik-adik Permata Insyirah berbanding Rumah Anak Yatim yang lain. Mungkin kerana rumah Insyirah adalah rumah anak yatim pertama yang aku jejak lalu terus membuatkan aku jatuh cinta dengan mereka.

Aku melihat mereka adalah adik-adik yang solehah, yang senang diajar dan mendengar kata. Hati mereka suci dan bersih. Aku benar-benar mahu mereka membuka satu bahagian dalam diri mereka yang selama ini mungkin terkunci iaitu potensi dan bakat mereka! Aku mahu mereka menjadi adik-adik yang bukan sahaja cemerlang akademik semata namun sebaliknya terhias indah dengan akhlak yang mulia dan menjadi pewangi dalam masyarakat insyaAllah.

Hatiku tidak berhenti memanjatkan syukur pada Ilahi kerana mempertemukan aku dengan mereka. Doaku buat adik-adik tersayang, moga Allah sentiasa memelihara, melindungi dan melimpahkan rahmat kasih-sayangNYA pada kalian.

Amiiinnn Ya Rabb~

 

Memories to remember @ Malacca with sisters of Permata Insyirah (27~28 Mei 2013)

Memories to remember @ Malacca with sisters of Permata Insyirah (27~28 Mei 2013)

Mereka adalah bakal ahli syurga!

Lots of LOVE,

-KMS-

= Photos Speak Thousand Words =

Bismillahirrahmanirrahim…

Untuk entri kali ini saya tak nak berceloteh panjang…

Hanya mahu mengabadikan gambar-gambar ini sebagai kenangan terindah saya bersama adik-adik solehah dari Permata Insyirah serta sahabat2 fasi yang berhati mulia semuanya InsyaAllah.. 🙂

Jom kita layan gambar-gambar  yg menceritakan 1001 kisah ini… ^_^

 

Tempat : Muzium Pengangkutan, Kota A'Famosa dan Zoo Melaka. :)

Tempat : Muzium Pengangkutan, Kota A’Famosa dan Zoo Melaka. 🙂

 

Klau anda seorang yg bijak, cer teka nama binatang-binatang nie? ;)

 

 

Kalau anda seorang yg bijak, apakah nama binatang-binatang ini? ;)

Kalau anda seorang yg bijak, apakah nama binatang-binatang ini? 😉

 

Senyum tawa mereka adalah salah satu nikmat kebahagiaan buat kami.. :)

Senyum tawa mereka adalah salah satu nikmat kebahagiaan buat kami.. 🙂

 

 

akak2 dan abang2 fasi yg sangat penyabar melayan adik2.. :)

akak2 dan abang2 fasi yg sangat penyabar melayan adik2.. 🙂

 

wif adik2 & fasi

Bersama adik2 Permata Insyirah dan adik2 fasi yang baik2.. beronok-ronok kami sepanjang perjalanan ini.. Alhamdulillah.. ^_^

 

Ini adalah kenangan yg paling mencuit hati saya~ Kenangan bersama si ostrich yg nakal mahu meragut beg saya! Pandai dia gurau manja dgn saya! =D

Ini adalah kenangan yg paling mencuit hati saya~ Kenangan bersama si ostrich yg nakal mahu meragut beg saya! Pandai dia gurau manja dgn saya! =D

“Bukankah DIA mendapatimu sebagai seorang yatim, lalu DIA melindungimu..
dan DIA mendapatimu sebagai seorang yg bingung, lalu DIA memberikan petunjuk.
Dan DIA mendapatimu sebagai seorang yg kekurangan, lalu DIA memberikan kecukupan..
Maka terhadap anak yatim janganlah engkau berlaku sewenang-wenangnya.
Dan terhadap orang yg meminta-minta jgnlah engkau mengherdiknya.
Dan terhadap nikmat Tuhanmu, hendaklah engkau nyatakan dengan bersyukur.”

(Ad-Dhuha: 6-11)

Kita hidup bukanlah untuk diri dan keluarga kita semata…
Tetapi hakikatnya kehidupan kita adalah mengenai perkongsian…
Memberi dan menerima…
Kebahagiaan yang kita kecapi adalah untuk dikongsikan kepada insan2 yg kurang bernasib baik…

Alhamdulillah DIA mengizinkan saya untuk merasai perasaan itu… 
Perasaan yg sukar digambarkan bila berjaya membantu adik2 tersayang di Permata Insyirah untuk menunaikan impian mereka..  ^_^

true hapiness

Gambar credit to : Mohd Abdullah Naim, Faizz Musa & Khairunnafishah Abdul Rahman. Thanks guys! ^_^

Til then, wassalamu…

Lots of LOVE,

-KMS-

^^ Masam Manis Pengembaraan Ilmu & Lakaran Pengalaman ke Melaka [Day 2] ^^

Bismillahirrahmanirrahim…

Sambungan entri 🙂 Masam Manis Pengembaraan Ilmu dan Lakaran Pengalaman ke Melaka (:

Tarian jemari ini diteruskan dalam mencoretkan kisah kami… kisah perjalanan kami ke Melaka bersama adik-adik solehah dari Permata Insyirah…

28 Mei 2013

Diri terjaga tatkala mendengar bunyi riuh rendah dari adik-adik comel di luar bilik. Aku melihat jam di handphone. Pukul 6.06 pagi. Aku bangun melihat mereka, ada yang siap berpakaian dan ada yang sedang menunaikan solat subuh. Adakah aku yang terlewat bangun atau mereka ini yang bangun terlalu awal? Melihat wajah-wajah mereka yang ceria di pagi hari membuatkan diri tersenyum sendiri mengenangkan zaman kecil dahulu yang juga sama seperti mereka. Pantang sebut saja nak berjalan, automatik minda telah di setkan untuk bangun awal kerana terlalu ‘excited’ mahu berjalan malahan kadang-kala diri langsung tidak boleh tidur dek kerana tidak sabar menanti hari esok! Lucunya bila terkenangkan saat itu! 🙂

Alhamdulillah segala puji dipanjatkan hanya padaNYA kerana masih mengizinkan diri ini untuk terus menghirup O2 dan berpijak di bumiNYA.. Pagi yang hening itu berwarna ceria dengan telatah adik-adik tersayang. Mereka tidak berhenti bertanya, “Akak, hari ni kita nak ke mana?” Aku tersenyum menjawab soalan bertalu-talu dari mereka. Soalan yang sama ditanya beribu kali, oh tidak penatkah mereka? Hee..

Selesai bersiap dan berkemas kami semua turun ke bawah menunggu makan pagi. 10 minit…30 minit.. 1 jam… makanan pagi tidak jua tiba… Hatiku mula panas memikirkan adik-adik ini kelaparan dan aku sangat risau jika ada yang gastrik. Perasaan marah ini tidak dapat dikawal melihat adik-adik yang tertidur kelaparan menantikan makanan yang tidak jua kunjung tiba. Setelah hampir 2 jam akhirnya makanan pagi itu tiba juga, itupun setelah kami selesai menyimpan beg-beg di dalam bas. Akhirnya kami makan di tepi bas. Dek kerana kelaparan, nasi lemak itu habis licin dimakan mereka. 🙂

Muka-muka ceria selepas kekenyangan. Alhamdulillah.. :)

Muka-muka ceria selepas kekenyangan. Alhamdulillah.. 🙂

Setelah selesai makan pagi dan berkemas, kami bertolak ke Melaka Planetarium. Di sana adik-adik belajar tentang ilmu alam semesta yang indah tercipta, sejarah ilmu falak (astronomi) dan mengenali ahli-ahli astronomi melalui teknologi canggih.  Ia mempamerkan pelbagai tarikan yang menarik seperti Model angkasa, Challenger Simulator, Sistem Suria, Galaxy Gateway, Satelit, Teleskop Angkasa Hubble dan banyak lagi.

Diri terlalu mengkagumi ciptaan Yang Maha Hebat tatkala melihat video yang ditayangkan oleh pihak Planetarium Melaka. Hati tidak berhenti berzikir dan memuji Sang Pencipta yang telah mencipta satu sistem solar yang sangat rumit dan hebat! Subhanallah… Allahu Akhbar… Maha Hebatnya DIA…

20130528_100058[1]

20130528_100133[1]

melaka planetarium

20130528_105608[1]

Selesai mengutip ilmu di Melaka Planetarium, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Kapal Selam yang pada asalnya dijadualkan semalam. Memandangkan berlaku kejadian yang tidak dapat dielakkan, kami terpaksa menunda program tersebut ke esok harinya. Tiket ke Muzium Kapal Selam ini telah ditaja oleh individu yang berhati mulia. Disana kami melihat dan memasuki kapal selam sebenar. Melihat setiap ruang yang sangat sempit dan terhad, hati mengkagumi orang-orang yang bekerja dalam kapal tersebut yang sangat-sangat memerlukan kesabaran dan kecekalan yang tinggi!

Diakhir sesi lawatan ke Muzium Kapal Selam kami dihiburkan dengan persembahan nasyid oleh sebahagian adik-adik Permata Insyirah. Telatah mereka sangat menghiburkan kami! 🙂

20130528_122734[1]

Tuan Pengerusi menjadi Ketua kumpulan. ^^

Masa berlalu terlalu pantas. Kami kesuntukan masa untuk melawat kesemua tempat yang disenaraikan dalam tentatif program. Jadi kami terpaksa memilih hanya 1 dari 3 tempat yang telah dijadualkan iaitu Zoo Melaka. Kami tiba ke sana pada pukul 1 lebih tengahari. Kami mengalas perut terlebih dahulu dengan Nasi Goreng Ayam dibawah teduhan pokok sebelum meneruskan lagi pengembaraan kami. Alhamdulillah makanan yang disediakan semuanya sedap termasuk dadih yang menyejukkan anak tekak dikala hari panas terik. 🙂

Selepas selesai makan tengahari kami memasuki pintu masuk ke Zoo Melaka. Adik-adik comel kami sangat teruja melihat haiwan perbagai jenis dan rupa yang sebelum ini hanya dilihat dikaca tv. Subhanallah.. Uniknya ciptaan Ilahi… Langsung tiada istilah penat pada diri adik-adik ini pada hari itu malah ada beberapa orang adik yang masih setia mencatat segala nama-nama haiwan yang dilihat. Hati sangat mengkagumi mereka. 🙂

Disinilah masa yang paling lama kami peruntukkan dek kerana mahu menghabiskan pengembaraan ini. Terlalu banyak kenangan manis terlakar disini. Melalui saat-saat terindah bersama mereka, senyuman dan tawa mereka, telatah yang menghiburkan dan segalanya membuat hati telah pun merindui mereka… Segala penat lelah menjaga mereka hilang dengan melihat tawa dan senyuman itu…

Dek kerana terlalu seronok menghayati saat-saat itu kami langsung tidak menyedari masa yang sangat mencemburui. Sedar-sedar kami adalah antara yang terakhir keluar dari Zoo tersebut melihatkan pagar yang telah pun ditutup. =)

20130528_162035[1]

20130528_162114[1]

 

Alhamdulillah hajat untuk membawa mereka ke Zoo tercapai sudah.. Kini masa untuk kami pulang ke Kuantan… Dipertengahan perjalanan pulang kami singgah di KFC Segamat untuk makan malam dan menunaikan solat jama’ maghrib dan isya’ di Masjid Segamat. 🙂

Di KFC, kami diuji dengan ketiadaan air.. sebahagian yang nak ke tandas perlu mencari tandas berdekatan untuk melepaskan hajat mereka. Kami diberi air tadahan untuk membasuh tangan. Semua itu kenangan bermakna buat kami… 🙂

 

20130528_195914[1]

20130528_200100[1]

20130528_200229[1]

Masing-masing ceria menjamu selera. Hati tersenyum riang setelah perut diisi. Lalu perjalanan ini diteruskan lagi… Semakin menghampiri destinasi, hati terasa semakin sayu kerana diri masih tidak puas meluangkan masa bersama mereka… Terasa masa yang berlalu terlalu pantas meninggalkan kami… =(

Alhamdulillah syukur, dengan peliharaanNYA, tepat jam 11.53 malam kami tiba di Rumah Permata Insyirah. Adik-adik yang tertidur kepenatan terpaksa dikejutkan. Esok mereka akan pulang ke rumah masing-masing meninggalkan 1001 memori indah sepanjang perjalanan ke Melaka ini…

Kini hati ini telah pun merindui mereka… Terlalu merindui saat-saat bersama mereka… Jika diberikan kuasa, ingin saja ku putarkan kembali masa itu… Masih segar diingatan, senyum tawa yang terukir di bibir dan telatah mereka yang sangat teruja dibawa berjalan ke tempat-tempat menarik di Melaka. Sangat menghiburkan!

Doaku buat adik-adik tersayang, moga kalian menjadi insan berguna di masa hadapan, menjadi penyumbang kepada pembangunan ummah, agama dan negara tercinta. Moga perjalanan ini menjadi aspirasi untuk mereka lebih berani melalui hari-hari mendatang yang penuh cabaran. Moga Allah memelihara mereka dari segala musibah, memberikan kesihatan terbaik buat mereka, akal yang cerdas, semangat dan azam yang kuat untuk mengejar cita-cita serta iman yang mantap agar menjadi anak-anak solehah dan hamba yang diredhaiNYA,.. Mereka semua adalah ahli syurga, insyaAllah amiiinnn Ya Rabb…

Tautan Hati,

-KMS-

:) Masam Manis Pengembaraan Ilmu dan Lakaran Pengalaman ke Melaka [Day 1] (:

Bismillahirrahmanirrahim…

Alhamdulillah3x… syukur atas segala nikmat yang dikurniakanNYA ini, tak terucap di bibir…hanya hati yang berdetik bersama alunan zikir penuh rasa syukur…Allahu Rabbi… Dengan izin dan rahmat kasih sayangNYA jua, akhirnya hajat kami untuk merealisakikan impian adik-adik tersayang di Permata Insyirah akhirnya terlaksana jua…

Bersama memori terindah yang masih segar di ingatan ini, saya mencoretkan serba sedikit catatan perjalanan kami. Cerita perjalanan ini bermula dari perbualan kami bersama adik-adik comel Permata Insyirah… Kami bertanya kepada mereka yang langsung tidak pernah keluar dari Kuantan ini, jika diizinkanNYA, ke manakah tempat yang mereka nak sangat pergi. Adik2 yang masih suci ini menyatakan mereka sangat ingin ke Melaka, Bandar Bersejarah. Kami berpesan kepada mereka, jika mahukan sesuatu, mintalah pada ALLAH, sesungguhnya hanya DIA yang berkuasa mengabulkan permintaan kita. Manakala kami sebagai sukarelawan TFTN hanya mampu berusaha untuk merealisasikan impian murni mereka…

Segalanya bermula dengan membuat kertas kerja dan usaha mengutip dana. Dalam kertas kerja tersebut, tarikh asal perjalanan ini adalah pada hujung bulan Jun, agar tempoh masa itu cukup untuk kami mengutip dana. Namun, sebaliknya berlaku… Kami hanya merancang, dan ALLAH juga merancang…Semestinya perancangan DIA itulah yang terbaik buat kami. Kami mendapat berita mengejut dari AJK Permata Insyirah untuk mempercepatkan tarikh itu sebulan lebih awal iaitu pada 27-28 Mei 2013… Biarpun sejujurnya berita mengejut itu membuatkan hati-hati kami menangis kerana terlalu banyak yang terpaksa di batalkan di saat-saat terakhir, namun kami tetap melihat dan menerimanya dari sudut positif. Ya, pasti ada 1001 hikmah atas setiap susunanNYA… InsyaAllah hati-hati ini redha dengan aturanNYA.

Hari yang sangat dinantikan adik-adik kami ini akhirnya tiba jua.. Tepat jam 11.44 malam, 26 Mei 2013, bas persiaran yang membawa kami telah bergerak ke Melaka. Doa menaiki kenderaan tidak lupa kami panjatkan agar perjalanan ini sentiasa dalam peliharaanNYA dan kami selamat tiba dan pulang. Alhamdulillah syukur kami selamat tiba di Masjid Al-Azim pada pukul 4.50 pagi. Setelah selesai membersihkan diri, solat dan bacaan Mathurat, kami bergerak ke Bandar Hilir Melaka pada jam 7.30 pagi. Kami diturunkan di hadapan Menara Taming Sari pada jam 8.00 pagi.

Dihadapan Masjid Al-Azim . Masing-masing kesejukan disapa angin hening subuh. :)

Dihadapan Masjid Al-Azim . Masing-masing kesejukan disapa angin hening subuh. 🙂

 

Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi pertama, Bandar Hilir  :)

Alhamdulillah selamat tiba ke destinasi pertama, Bandar Hilir Melaka. 🙂

Memandangkan kami tiba awal dan semua tempat-tempet berbayar belum pun lagi dibuka, jadi kami berjalan-jalan ke bangunan Stadthuys (bangunan merah) dan Kota A’ Famosa. Adik-adik diberi buku nota untuk melatih mereka mencatat setiap apa yang dilihat dan dipelajari agar perjalanan ini menjadi sebuah perjalanan penuh pengisian, dan bukan perjalanan yang sia-sia insyaAllah.

Dalam pukul 10.30 pagi kami bergerak ke Menara Taming Sari. Hampir pukul 11.00 pagi baru tiba giliran kami menaiki menara tersebut. Adik-adik ini sangat teruja melihat pemandangan seluruh Bandar Hilir Melaka dari atas. Senyuman dan ketawa mereka telah memberi kami tenaga untuk terus membawa mereka ke destinasi seterusnya.

20130527_102704[1]

20130527_082553[1]

20130527_084344[1]

Setelah puas menghayati pemandangan seluruh Bandar Melaka, kami meneruskan perjalanan ke Muzium Dunia Melayu Dunia Islam yang terletak di dalam bangunan Bastion House. Disitu kami melihat koleksi-koleksi dari filem-filem fantasi dan animasi dari negara Barat seperti Star Wars, Lord Of The Rings, Batman, Shrek, Iron Man dan sebagainya. Pengajaran yang dapat dikutip dari penghasilan filem-filem ini adalah realitinya pembuat filem Barat ini telah mendapat idea dari sejarah kegemilangan Islam terdahulu. Sebagai contoh yang telah dikongsikan oleh pegawai muzium tersebut seperti Batman yang meniru karakter Khalifah Saidina Umar Al-Khattab, yang menyamar sebagai rakyat biasa di malam hari untuk melihat sendiri keadaan sebenar rakyat jelatanya. Apa yang saya dapat simpulkan disini, umat Islam pada zaman kegemilangan pemerintahan Khalifah dahululah yang banyak memberi idea kepada negara Barat untuk membangunkan negara mereka yang pernah melalui zaman gelap beribu tahun dahulu. Allahu A’lam…

Selepas mengisi perut dengan santapan tengahari, kami meneruskan perjalanan dengan menaiki Malacca River Cruise menyusuri sungai Melaka. Adik-adik sangat teruja melihat bangunan-bangunan yang sangat cantik diwarnakan dan suasana menjadi riuh melihat biawak-biawak yang tersadai di tepi tebing sungai. 🙂

20130527_140852[1]

20130527_141147[1]

me wif adik2 insyirah

Sebelum menamatkan perjalanan kami di sekitar kawasan Bandar Hilir Melaka, kami singgah sebentar di Muzium Kastam. Kami melihat koleksi barang yang telah dirampas oleh pihak Kastam Malaysia. Antara yang menarik perhatian saya adalah katak-katak yang telah di awet ini. 🙂

20130527_144933[1]

Dalam pukul 3 lebih kami bertolak ke Masjid Selat untuk menunaikan solat jama’ zohor dan asar. Sebaik saja kami keluar dari masjid tersebut,tidak sampai dalam 1 km, Allah menguji kami.. Bas yang kami naiki mengalami kerosakan. Namun alhamdulillah tiada perkara buruk berlaku. Kami terpaksa menunggu dalam 1 jam lebih untuk bas kembali bergerak. Jadi kami terpaksa membatalkan destinasi seterusnya iaitu ke Muzium Kapal Selam.

Setelah bas siap dibaiki, dalam pukul 6 lebih kami terus bertolak ke Homestay, namun sekali lagi kami diuji dipertengahan perjalanan. Bas kami telah melanggar pintu kereta Honda yang di park di tempat yang salah. Penumpang tersebut tanpa melihat cermin sisi terus membuka pintu kereta. Akibatnya pintu itu selamat dirempuh oleh bas kami yang tidak mungkin sempat mengelak. Kami berhenti disitu dalam setengah jam untuk menyelesaikan masalah berkenaan dengan pemandu kereta Honda tersebut. Bas kami turut mengalami kerosakan namun syukur ke hadrat Ilahi tiada perkara serius berlaku…

Memandangkan waktu sudah semakin lewat, kami terpaksa terus menuju ke Restoran Nasi Arab Dima di MITC. Penat kami berjalan seharian di Bandar Melaka terubat dengan layanan Tuan Restoran yang melayan kami seperti VIP. Makanan yang dihidangkan alhamdulillah sangat sedap, mewah dan mengenyangkan. Kami semua tersandar kekenyangan setelah habis santapan.. 🙂

Nasi Arab Ayam

Nasi Arab Ayam

 

20130527_202528[1]

Selesai makan, kami mengucapkan jutaan terima kasih kepada tuan restoran yang sudi memberi kami makan secara percuma malah melayan kami dengan baik sekali. Alhamdulillah syukur… Kami mendoakan agar Allah memberi rezeki yang melimpah-ruah kepada tuan restoran dan semua pekerjanya yang berhati mulia dan moga Allah memberkati hidup mereka insyaAllah..

Setelah perut diisi, kami terus pulang ke homestay kerana tiada lagi tenaga untuk meneruskan program seterusnya. Tambahan pula pemandu bas kami perlu segera membuat laporan polis berkaitan kemalangan kecil yang berlaku itu. Tiba saja di homestay kami terus bersihkan diri, solat dan tidur.. Masing-masing telah kepenatan setelah seharian berjalan.

Hari pertama kami di Melaka terisi dengan perbagai warna dan rasa.. ada manis, ada masam, ada masin dan ada juga pahit… Namun itulah yang mencorakkan lakaran pengalaman kami di sana. Semestinya setiap musibah yang melanda itu adalah peringatan penuh kasih-sayang dariNYA untuk kami muhasabah diri dimana mungkin kadang-kala kami terlalai dari mengingatiNYA di sepanjang perjalanan itu… Tidur kami pada malam itu bersama titipan doa agar hari esok yang bakal menjelma adalah lebih baik dari hari itu…

Bersambung…..

= Hati Telah Jatuh Cinta =

Bismillahirrahmanirrahim…

Allahumma Solli Alaa Saidina Muhammad…

 

Rinduku pada kekasihNYA,

membuatkan diri sentiasa ingin mengikuti setiap amalan baginda

yang amat disukai Sang Pencipta,

hanya kerna ingin meraih cintaNYA…

 

Ketahuilah bahawasanya hati ini telah jatuh cinta…

Pada wajah-wajah suci itu…

Sayang ku pada mereka membuatkan diri ini telah jatuh cinta

pada kerja amal ini…

 

Jutaan syukur ku panjatkan padaNYA

kerana masih diberikan kekuatan untuk istiqamah dalam usaha amal ini…

Alhamdulillah betapa nikmatnya merasai kegembiraan adik-adik comel di rumah Insyirah

yang sangat teruja menjalankan projek menanam anak benih pokok bendi siang tadi…

 

Sayu saat mengetahui bahawa mereka tidak pernah langsung merasai keseronokan makan angin,

melihat luasnya bumi Allah ini dan menghayati hebatnya ciptaanNYA Yang Maha Esa…

Melihat wajah penuh pengharapan mereka membuatkan hati mudah tersentuh…

Tidak sanggup untuk membiarkan impian mereka terkubur begitu saja…

 

Lalu membuatkan diri menanam azam & tekad untuk menunaikan impian mereka!

Usaha perlu digandakan untuk mengutip dana bagi melaksanakan projek ini!

KepadaNYA jua ku panjatkan doa agar diperkenankan hajat adik-adikku ini…

Hati benar-benar yakin hajat mereka akan tercapai, InsyaAllah!

 

Amiinnn Ya Rabb~

 

serving more people

 

 

 

muslimkids

= Sharing is Caring, Caring is Loving, Loving is Forgiving =

 

Lots of LOVE,

-KMS-