Welcoming 2013!

Assalamualaikum WBT…

Allahu akhbar…terasa semakin lelah mengejar masa! sedar tak sedar kita dah pun masuk tahun 2013! Umur pun semakin berganjak..bak kata orang, rumah kata pergi kubur kata mari! Memang usia saya boleh dikatakan masih muda (muda kee??), namun ajal maut tidak pernah mengira usia! Betulkan? Astaghfirullah…

Dalam kelelahan mengejar masa rupanya dah masuk bulan ke-3 saya kerja! Alhamdulilah, syukur Ya Allah atas nikmat rezki ini.. walaupun lumrah alam, seperti yang saya nyatakan sebelum ini, tiada kerja yang senang. Jadi janganlah kita mengeluh. Banyakkan bersyukur kerana diluar sana berapa ramai lagi yang menganggur…Jadi, lafazkanlah kalimah itu; Alhamdulillah! =)

Honestly gaji yang saya terima tidaklah banyak dibandingkan dengan kelulusan saya, namun saya gembira kerana saya buat kerja yang masuk dengan jiwa saya. Alhamdulillah. =) Walaupun sedikit, namun niat saya untuk menyumbang sesuatu untuk jemaah, terutama untuk ummah, InsyaAllah!

“Rabbi Yassir Wala Tuassir Waj ‘Alni Minannajihiin” Alhamdulillah sejak saya amalkan baca doa ini memang banyak sangat urusan saya dipermudahkanNYA. ^^ ¬†How can I ask more? *malu denganMu Allah*

Image

=,)

Rasa Redha, Moga diredhaiNYA~

Ada rezki kita berjumpa lagi insyaAllah~

Wassalam…

Advertisements