.:: Laiyyinur Harir ::.

Assalamualaikum WBT…

Terima kasih kerana sudi menjenguk blog saya yang tak seberapa ini. Siapalah saya untuk di kenali…Saya hanyalah insan biasa yang sentiasa mengharap RedhaNYA. Insan yang punya banyak kelemahan dan kekurangan. Rasa kerdil, hina dan dina disisiNYA…

Saya tidak punya keistimewaan mahupun apa-apa kelebihan. Saya cuma suka menaip dan berceloteh di atas kertas yang bisu atau menaip di blog yang simple ini. Saya hanya suka memasak dan mencuba resepi baru. Saya juga suka membaca buku-buku ilmiah lantaran diri yang jahil dan cetek ilmunya.

Saya hanya seorang hamba yang sering di uji. Biarpun pedih dan perit, namun saya anggap ujian & dugaan itu adalah tarbiah dari Yang Esa. Bila kamu merasakan yang ujian dan dugaan yang Allah timpakan pada kamu itu sangat berat, sabarkanlah dirimu dan muhasabahlah Imanmu dengan memikirkan bahawa ada insan lain yang lebih berat dan besar ujian dan dugaannya dari kamu seperti mangsa kebuluran, peperangan dan sebagainya. Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Dia tidak akan bebankan kamu dengan ujian yang tidak mampu kamu tanggung. Kerana Dia tahu kamu kuat dan tabahlah, Dia pilih kamu untuk memikulnya. Percayalah! Kamu insan terpilih! Redhalah, semoga kamu diredhaiNYA!

Senyumlah walaupun perit. Bersangka baiklah walaupun pahit. Sesungguhnya bersama kesulitan itu pasti ada kemudahan. Jangan putus asa dengan rahmat Allah!

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s