>> The Power Of Belief <<

Assalamualaikum WBT dan Salam Hormat…

Pada minggu lepas saya telah menulis tentang The Power Of Dream, betul…betul…betul? Jadi pada kali saya akan berkongsi dengan anda Kuasa Kepercayaan pula. Sebelum itu saya nak tanya, adakah anda telah menulis kesemua impian-impian anda? Jika belum lakukannya sekarang! Jika anda lambat mengambil tindakan maka makin lambatlah result yang anda akan dapat.

Ok, berbalik kepada topik saya tadi, walau apapun pegangan agama kita, kita semua percaya akan wujudnya Tuhan kan? Dalam Islam, kami harus berpegang teguh dan mengamalkan rukun Iman dan Islam. Jika kita lihat dalam rukun Iman itu yang pertama sekali adalah Beriman kepada Allah SWT. Jadi kami sebagai muslim haruslah bergantung sepenuhnya kepercayaan dan harapan kami hanya padaNYA bukan kepada yang lain dariNYA. Sekiranya kami masih bergantung harap kepada yang lain dariNYA seperti manusia, makhluk lain dan sebagainya maka tidak sempurnalah iman kami.

Apa yang saya nak sampaikan di sini yang berkaitan dengan topik ini adalah apabila kita telahpun menulis setiap impian kita, kita haruslah meletakkan kepercayaan sepenuhnya hanya kepadaNYA bahawa DIA akan memakbulkan doa dan hajat kita! Seperti yang saya telah katakan dalam post saya sebelum ini, Allah itu bersama sangkaan hamba-hambaNYA. Jika kita tidak yakin yang impian-impian kita itu mampu dicapai, maka itulah yang akan terjadi!

Sebagai contoh dari pengalaman saya sendiri, saya sangat mahu untuk hadir ke program ilmu Dr Azizan kerana saya sangat dahagakan ilmu dan bimbingan dari seorang mentor yang telah pun berjaya. Walaupun yurannya agak tinggi dan jika difikirkan logik saya tak mampu pun untuk membayar yuran tersebut dengan gaji saya yang kecil. Namun bila saya BETUL-BETUL bertekad nak hadir juga ke program tersebut dan saya percaya sepenuhnya hanya padaNYA, alhamdulillah DIA benar-benar memakbul doa saya! Jangan ditanya dari mana saya dapat duit untuk membayar yuran itu kerana bila DIA memperkenankan hajat kita, DIA akan datangkan pertolongan dari arah yang tidak disangka-sangka! Allahu Akhbar…

Adalah anda masih ingat akan lagu Fikirkan Boleh yang sangat terkenal suatu ketika dahulu? Cukuplah anda hayati lirik tersebut, anda akan benar-benar faham akan makna Kuasa Kepercayaan/ The Power Of Belief itu.

Last but not least, bersangka baiklah kepada Tuhan. Moga bermanfaat untuk semua. 🙂

the power of belief

belief1

Til then, wassalamu…

LOVE,

-KMS-

Trillion Hearts Royal Sidr Honey

>> The Power Of Dream <<

Adakah anda ada IMPIAN??

Saya yakin semua orang ada angan-angan..dan kebanyakan dari kita juga ada impian. Cop! Angan-angan dan impian ada beza ke?? Ya, ada beza. Angan-angan adalah yang hanya bermain di fikiran dan imaginasi kita sedangkan impian adalah yang ditulis!

Adakah anda telah menulis semua impian anda?? Jika belum, anda hanyalah menanam angan-angan Mat Jenin! Jadi, tulis impian anda sekarang!

Kenapa kena tulis?? Kerana bila anda tulis, anda akan baca semula impian anda tersebut dan secara tidak langsung anda akan ingat! Paling bagus anda tampal kertas impian anda itu ditempat yang anda senang lihat seperti di almari cermin. Baca impian anda tersebut setiap hari dan bayangkan anda telah pun mencapai kesemua impian tersebut! Masa yang paling bagus untuk membaca impian-impian anda adalah :

1) Selepas bangun dari tidur (samada untuk qiamullail & di waktu subuh)
2) Selepas mandi
3) Ketika hujan lebat
4) Selepas selesai menunaikan solat fardhu
5) Sebelum tidur.

Untuk menguatkan lagi impian anda tersebut, tampal sekali gambar2 yang berkaitan dengan impian anda. Sebagai contoh, jika anda ingin menunaikan umrah atau haji, tampalkan gambar Kaabah agar menguatkan lagi keinginan anda untuk ke sana! Jika anda mahukan rumah/kereta idaman, letakkan gambar tersebut, paling bagus anda pergi ke rumah impian anda dan tangkap gambar dihadapan rumah tersebut! Then cepat-cepat lari kerana dikhuatiri dikejar pak guard rumah tersebut. 😉 Jika anda inginkan kereta idaman, anda pergi test drive kereta impian anda & tangkap gambar anda bersama kereta tersebut!

Adakah ianya akan menjadi kenyataan jika kita melakukan ini semua??

Sudah tentu! Jangan sesekali takut untuk mempunyai impian! Pedulikan orang sekeliling yang mentertawakan kita. Anda tidak akan mati dengan ejekan mahupun penghinaan mereka! Tuhan itu bersama sangkaan hamba-hambaNYA! Jadi, yakinlah untuk berimpian dan berlari mengejar impian anda tersebut!

InsyaAllah next time saya akan kongsikan dengan anda bagaimana nak mengejar impian kita. Itupun jika anda berminat ingin tahu. Moga bermanfaat untuk semua. 🙂

Berani Berimpian!

Berani Berimpian!

Til then, wassalamu…

 

LOVE,

-KMS-

Trillion Hearts Royal Sidr Honey

 

Til then, wassalamu..

:: Janji Yang Dilafazkan ::

Bismillah… Dengan namaNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tiada kata yang dapat ku dilafazkan… betapa diri ini sangat bersyukur dengan limpahan rahmat kasih sayangNYA…

Suatu masa dulu saya pernah berjanji padaNYA bahawa setelah saya kaya, saya akan menyumbangkan sebahagian dari harta yang saya miliki untuk insan-insan yang lebih memerlukan… terutama anak yatim kerana saya ingin mencontohi akhlak baginda Rasulullah SAW yang sangat mengasihi anak yatim… Namun, DIA Yang Maha Penyayang mendidik saya indirectly bahawasanya saya tidak perlu tunggu jadi kaya dulu baru boleh sumbangkan kpd org lain… Lantas saya merasa malu pada diri sendiri kerana tidak terfikir selama ini bahawa saya juga boleh menyumbangkan apa saja yang saya ada kepada mereka yang memerlukan seperti tenaga, ilmu dan sebagainya… Allahu Rrabbi…

Lalu janji yang saya bisikkan padaNYA ditagih kembali… Yaa, saya rasa terpanggil untuk menunaikan janji saya padaNYA… dan alhamdulillah DIA mengizinkan saya untuk memulakan langkah itu… 27.04.2013 bermulanya misi menunaikan janji padaNYA, “Janji Ditepati” insyaAllah.  😉 Pada sebelah pagi buat pertama kalinya saya hadir ke mesyuarat yang dianjurkan oleh group TFTN Kuantan di UTC. Perasaan pertama yang hadir dalam diri adalah saya rasa sangat tersentuh melihat betapa ramai lagi insan yang berhati mulia turut ingin menyumbangkan sesuatu kpd masyarakat dan kebanyakannya adalah adik-adik yang masih muda… Terasa malu pada diri sendiri yang agak lambat menyertai.. Tapi hati tetap bersyukur alhamdulillah krn masih diberi kesempatan untuk bergerak bersama mereka…

Pada jam 3 ptg seperti yang ditetapkan dlm jadual saya melangkah ke Rumah Anak Yatim Insyirah. Alhamdulillah saya bersama dengan bro Khairul Azman, bro Is dan sis Kella memulakan sesi minggu pertama kami bersama adik-adik RAY Insyirah yang comel-comel belaka.. 🙂 Pertama kali saya melihat mereka, hati terus jatuh cinta dan sayang.. bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.. ^^ Maka rasa sayang itu mula mekar di taman hati, rasa sayang seorang kakak kpd adik2nya.. Ewah!

Saat bersama mereka saya dapat menjiwai erti syukur… betapa selama ini saya sangat bertuah kerana masih ada ummi dan abah yang menyayangi, tempat untuk bermanja dan bergantung harap… Tetapi mereka?? Hanyalah ada seorang ibu yang perlu berdikari membesarkan mereka adik-beradik dan kawan-kawan untuk berkongsi suka duka… Memandang wajah-wajah suci mereka membuatkan hati terus berkobar ingin memberikan komitmen dan perhatian sepenuhnya kepada mereka

Sepanjang sesi Ice Breaking itu berlangsung saya lihat adik-adik ini sangat bersemangat  memberikan komitmen, mendengar setiap arahan yang diberi dan melaksanakannya sebaik mungkin walaupun pada mulanya mereka malu-malu kucing. 🙂 Ada 2-3 orang dikalangan adik-adik ini yang masih lemah membaca dan menulis. Namun dek kerana semangat ingin belajar, mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya dapat melihat bakat dan potensi yang terpendam dalam diri mereka. InsyaAllah we will try our best to unlock their potential! Saya yakin mereka semua akan menjadi pelajar yang cemerlang insyaAllah. =)

Di akhir program, mereka semua menyatakan pada kami agar datang lagi pada masa akan datang dengan membawa ramai lagi kawan-kawan.. saya merasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan… Alhamdulillah sesi bersama mereka pada hari itu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya… Terasa tidak puas meluangkan masa yang agak singkat bersama mereka membuatkan hati sudahpun rindu untuk bersama mereka lagi pada masa akan datang insyaAllah…

Terima kasih kepada kak Mardziah Lokoman kerana menjemput saya untuk hadir ke meeting TFTN tersebut. Kerana usaha pertama beliau juga membuatkan saya jatuh cinta pada kerja amal ini alhamdulillah.. Saya berdoa kita semua diberikan keberkatan dalam hidup, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang terbaik untuk meneruskan usaha amal ini dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat…moga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak, amiiinnn Ya Rabb…~

LOVE,

-KMS-

>> Apa Yang Membuatkan Anda Tenang?? <<

Assalamualaikum WBT para pembaca yang dihormat…

Saya nak tanya anda satu soalan…

Apakah amalan yang membuatkan anda hidup tenang???

Yaa, saya ingin tanya pada anda. Apa yang membuatkan anda tenang??? Sudah tentu anda ada amalan tersendiri untuk mendapat hidup yang tenang kan? Alhamdulillah…

Di sini saya cuma nak share dengan anda cara saya untuk hidup tenang dan tak tension2.. Nak tahu ke?? 😉

Saya dapat ilmu-ilmu nie dari mentor saya dan kakak senior.. Alhamdulillah sejak saya kenal dengan orang yg hebat2 saya banyak dapat perkara2 yang hebat! Syukur alhamdulillah! =D

Dulu honestly saya mudah melatah bila diberi sedikit ujian, mudah sentaappp bila ditegur, dan macam2 lagi perangai negatiiff tue menguasai diri… TAPI alhamdulillah sejak saja saya join program DAO, saya tidak lagi mudah melatah, saya tidak lagi cepat sentap! Walaupun sekarang ujian semuanya datang sekaligus, dalam masa terdekat ini saya akan berhenti kerja, semuanya rosak, handphone, laptop, kereta dsb ditambah pula dengan duit yang semakin susut… macam tahu-tahu je kan?? huu.. TAPI alhamdulillah saya boleh tersenyum! Saya langsung tak pandang semua itu sebagai masalah besar! Sebab apa?? Sebab saya hanya fokus pada peluang & matlamat saya! Selepas di ‘brain wash’ oleh DAO, balik tue saya banyakkk muhasabah diri…saya mula ‘cuci kolam’ saya.. saya banyak amalkan selawat & istighfar setiap hari… saya mohon ampun dari ummi abah saya sbb byk sgt dosa saya dengan mereka….. saya ubah sedikit demi sedikit perangai2 negatif yg duk bersarang dalam diri nie selama ini… dan yang PALING BEST saya dah dapat maafkan diri saya! Saya dah maafkan si dia… saya dah maafkan semua orang yang konon-kononnya ada buat silap pada saya selama ini… Yaa, itu sangat penting kerna saya rasa sangat2 tenang selepas memohon maaf & memaafkan…

Then ada lagi part yang PALING besstt… saya mula berkata-kata dengan diri sendiri… Beri semangat & motivasi pada diri agar sentiasa istiqamah… Dan part PALING SWEET, saya mula berkata-kata denganNYA… saya berbisik-bisik denganNYA, bukan hanya di tikar sejadah tapi pada bila-bila masa… masa sibuk mahupun masa free… bercakap denganNYA dengan nada yg mendayu-dayu… nada merayu-rayu… nada menagih simpati… nada mengharap redha & keberkatan dariNYA…

Pernah suatu ketika semasa saya drive sorang-sorang ke Shah Alam, masa tue hari Jumaat… Saya lihat langitNYA yang luas… saya seolah-olah melihatNYA… then air mata saya mengalir… saya mula berkata-kata denganNYA… seperti si kecil yang menangis teresak-esak meminta sesuatu dari ibubapanya, begitulah saya… Air mata mengalir laju menuruni lembah pipi… membasahi baju… tidak tertahan lagi… Saya lepaskan semua yang saya tanggung selama nie… yang saya pendam selama ini… bergetar tubuh saya… menyebut namaNYA… Allahu Rabbi…

Then hanya selepas itu saya rasa sangat-sangat tenang… Saya rasa seolah-olah segala beban yang saya tanggung selama ini dilepaskan dari bahu saya! Allahu akhbar! Maha Penyayangnya DIA…

 

“Maka sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan. Sesungguhnya bersama kesulitan itu ada kemudahan.” [94 : 5-6]

“Rabbi yassir wala tuassir wala tammim bikhoir”

“Rabbi yassir wala tuassir waj alni minannajihiinn.”

Berkata-katalah dan berdialoglah denganNYA, sesungguhnya DIA sedang mendengar~

 

talk to HIM

 

Moga bermanfaat untuk semua…

Til then, wassalamu…

 

LOVE,

-KMS-

Trillion Hearts Royal Sidr Honey

:: Ciptaan Manusia vs Ciptaan Pencipta Manusia ::

Bayangkan jika di dunia ini pun kita dah merasa manusia yang mencipta bangunan yang gah & hebat itu pun kita dah kagum, bagaimana pula bangunan-bangunan di syurga Allah nanti? Bagaimana rumah kita di sana nanti? Subhanallah! Tak terbayang dek fikiran kan? Jom berlari ke syurga! Amiinnn~ ^_^

Ini antara design yang menarik perhatian saya. Silalah cuci mata! =)

umah n kolam

purple kitchen

Purple gituu! My fav color! nnt nk buat dapur cmniee jgk laa…
Dapur cantik cmnie hari-hari nak masak! kekeke~

waw interior design design umah rumah tgh air kolam living room pink umah klasik bilik ijau

Cantiikkk x?? ^_~

Til then, wassalamu…