Aktiviti Romantik Suami Isteri

Perkongsian  Ustaz Abu Sufyan.

dp_bbm_suami_istri_muslimah.jpg

1. Makan bersuap. Suap isteri kita makan, asing isi bagi lauk yg bertulang, amik hidangan yang jauh untuknya.

2. Tidur malam dalam dakapan. Isteri nak tidur atas lengan atau atas dada suami.

3. Selalu mesej ayat-ayat cinta. Tiada bilangan khusus. Cukup nyatakan kerinduan bila berjauhan.

Gambar-Kartun-Islami.jpg

4. Sesekali ke dapur bantu isteri masak atau sesekali suruh isteri rehat kita yg masak lauk istimewa.

5. Ajak isteri duduk atas riba atau kita baring atas paha isteri sambil baca buku atau kitab.

6. Kemas rumah; lipat baju, mop lantai, vacum habuk dan kemas apa yang patut.

7. Kucupan manja di pipi atau di dahi. In Shaa Allah seluruh hidup isteri akan berseri pagi tu.

8. Peluk dari belakang dan cium dibahu atau leher isteri sama ada ketika isteri sedang masak atau sedang basuh pinggang di sink.  Bisik kat telinga “Jazakillahukhairan sayangku.”

9. Berkongsi gelas yang sama utk minum/berbuka puasa.

10. Selalu mandi bersama. Gosokkan daki, scrubkan badan, syampookan rambut dan sebagainya.

Tidak salah selagi ia dilakukan dalam batas2 yang dibenarkan syara’.

Inilah sebahagian usaha untuk kita buat yang terbaik utk isteri-isteri kita. Seperti kata Nabi Sallallahu alaihi wasallam

خَيْرُكُمْ خَيْرُكُمْ لأَهْلِهِ وَأَنَا خَيْرُكُمْ لأَهْلِى

“Sebaik-baik orang di antara kalian adalah yang paling baik terhadap istrinya dan aku adalah orang yang paling baik di antara kalian terhadap istriku” (HR. Ibnu Majah)

 

Semoga bermanfaat.  =)

Leave a comment