:: Janji Yang Dilafazkan ::

Bismillah… Dengan namaNYA Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang…

Tiada kata yang dapat ku dilafazkan… betapa diri ini sangat bersyukur dengan limpahan rahmat kasih sayangNYA…

Suatu masa dulu saya pernah berjanji padaNYA bahawa setelah saya kaya, saya akan menyumbangkan sebahagian dari harta yang saya miliki untuk insan-insan yang lebih memerlukan… terutama anak yatim kerana saya ingin mencontohi akhlak baginda Rasulullah SAW yang sangat mengasihi anak yatim… Namun, DIA Yang Maha Penyayang mendidik saya indirectly bahawasanya saya tidak perlu tunggu jadi kaya dulu baru boleh sumbangkan kpd org lain… Lantas saya merasa malu pada diri sendiri kerana tidak terfikir selama ini bahawa saya juga boleh menyumbangkan apa saja yang saya ada kepada mereka yang memerlukan seperti tenaga, ilmu dan sebagainya… Allahu Rrabbi…

Lalu janji yang saya bisikkan padaNYA ditagih kembali… Yaa, saya rasa terpanggil untuk menunaikan janji saya padaNYA… dan alhamdulillah DIA mengizinkan saya untuk memulakan langkah itu… 27.04.2013 bermulanya misi menunaikan janji padaNYA, “Janji Ditepati” insyaAllah.  😉 Pada sebelah pagi buat pertama kalinya saya hadir ke mesyuarat yang dianjurkan oleh group TFTN Kuantan di UTC. Perasaan pertama yang hadir dalam diri adalah saya rasa sangat tersentuh melihat betapa ramai lagi insan yang berhati mulia turut ingin menyumbangkan sesuatu kpd masyarakat dan kebanyakannya adalah adik-adik yang masih muda… Terasa malu pada diri sendiri yang agak lambat menyertai.. Tapi hati tetap bersyukur alhamdulillah krn masih diberi kesempatan untuk bergerak bersama mereka…

Pada jam 3 ptg seperti yang ditetapkan dlm jadual saya melangkah ke Rumah Anak Yatim Insyirah. Alhamdulillah saya bersama dengan bro Khairul Azman, bro Is dan sis Kella memulakan sesi minggu pertama kami bersama adik-adik RAY Insyirah yang comel-comel belaka.. 🙂 Pertama kali saya melihat mereka, hati terus jatuh cinta dan sayang.. bak kata pepatah, dari mata turun ke hati.. ^^ Maka rasa sayang itu mula mekar di taman hati, rasa sayang seorang kakak kpd adik2nya.. Ewah!

Saat bersama mereka saya dapat menjiwai erti syukur… betapa selama ini saya sangat bertuah kerana masih ada ummi dan abah yang menyayangi, tempat untuk bermanja dan bergantung harap… Tetapi mereka?? Hanyalah ada seorang ibu yang perlu berdikari membesarkan mereka adik-beradik dan kawan-kawan untuk berkongsi suka duka… Memandang wajah-wajah suci mereka membuatkan hati terus berkobar ingin memberikan komitmen dan perhatian sepenuhnya kepada mereka

Sepanjang sesi Ice Breaking itu berlangsung saya lihat adik-adik ini sangat bersemangat  memberikan komitmen, mendengar setiap arahan yang diberi dan melaksanakannya sebaik mungkin walaupun pada mulanya mereka malu-malu kucing. 🙂 Ada 2-3 orang dikalangan adik-adik ini yang masih lemah membaca dan menulis. Namun dek kerana semangat ingin belajar, mereka berjaya menyiapkan tugasan yang diberikan. Saya dapat melihat bakat dan potensi yang terpendam dalam diri mereka. InsyaAllah we will try our best to unlock their potential! Saya yakin mereka semua akan menjadi pelajar yang cemerlang insyaAllah. =)

Di akhir program, mereka semua menyatakan pada kami agar datang lagi pada masa akan datang dengan membawa ramai lagi kawan-kawan.. saya merasa cukup terharu dengan sambutan yang diberikan… Alhamdulillah sesi bersama mereka pada hari itu meninggalkan kesan yang amat mendalam pada diri saya… Terasa tidak puas meluangkan masa yang agak singkat bersama mereka membuatkan hati sudahpun rindu untuk bersama mereka lagi pada masa akan datang insyaAllah…

Terima kasih kepada kak Mardziah Lokoman kerana menjemput saya untuk hadir ke meeting TFTN tersebut. Kerana usaha pertama beliau juga membuatkan saya jatuh cinta pada kerja amal ini alhamdulillah.. Saya berdoa kita semua diberikan keberkatan dalam hidup, dipermudahkan segala urusan, diberikan kesihatan yang terbaik untuk meneruskan usaha amal ini dan dikurniakan kejayaan di dunia dan akhirat…moga kita semua termasuk dalam golongan yang mendapat syafaat baginda Rasulullah SAW di akhirat kelak, amiiinnn Ya Rabb…~

LOVE,

-KMS-

One thought on “:: Janji Yang Dilafazkan ::

  1. Pingback: = Bakal Tetamu Syurga = | Laiyyinur Harir

Leave a comment